SELAIN kawasan darat yang dinaiki air, gelombang di laut juga mengganas setiap kali tibanya musim tengkujuh. Pada Isnin misalnya, tular satu rakaman ngeri melibatkan sekumpulan penduduk kampung yang menaiki feri dalam perjalanan dari bandar Kuala Terengganu ke Pulau Redang. Video berdurasi seminit 24 saat itu memaparkan feri tersebut dihempas ombak kuat sehingga mencetuskan suasana panik. ARTIKEL BERKAITAN: “Tetap jadi kenangan yang abadi” - Debaran nak nikah belum selesai, kereta bawa pengantin tersangkut dalam banjir! ARTIKEL BERKAITAN: Banjir di 6 negeri, lebih 1,200 orang dipindahkan Turut kedengaran suara penumpang yang menangis ketakutan. Malah, kedengaran suara seorang individu meminta penumpang feri supaya mengucap kalimah syahadah sekaligus memberi bayangan situasi getir yang dilalui mereka pada saat itu. Lebih menakutkan, air laut yang berwarna coklat jelas kelihatan menghempas feri menerusi tingkap kaca. "Semoga kita dalam lindungan Allah. Feri dari Terengganu ke Pulau Redang," tulis individu yang berkongsi video itu. Dalam feri tu bukannya orang luar tu semua penduduk kampung Pulau Redang. Musim tengkujuh ni memang macam ni lah orang-orang kampung Pulau Redang. Korang duduk kat bandar tak apalah. ABAS MUSTAFA PELAYAR TWITTER Video yang dimuat naik seorang wanita, Yana Rosde itu sehingga kini menerima hampir 100,000 tontonan. Selain dihujani komen netizen, ia turut dikongsi hampir 3,000 pelayar Facebook. Menurut perkongsian info di ruangan komen, penumpang feri bukanlah pelancong yang mahu berkunjung ke pulau peranginan itu. Sebaliknya, mereka merupakan penduduk kampung yang berasal dari Pulau Redang yang mana mereka menempuh perjalanan menaiki feri selama lebih satu jam untuk membeli barang keperluan di bandar Kuala Terengganu. "Dalam feri tu bukannya orang luar tu semua penduduk kampung Pulau Redang. Musim tengkujuh ni memang macam ni lah orang-orang kampung Pulau Redang. Korang duduk kat bandar tak apalah. Posting video yang tular di Facebook. "Penduduk Pulau Redang tu bukannya suka-suka nak pergi Terengganu tu. Korang duduk bandar tahu apa? "Orang kampung dah tak ada pilihan lain dah terpaksa juga," tulis Abas Mustafa. Netizen yang mengakui seram dan takut menonton video itu turut mendoakan agar kesemua mereka selamat dan dipermudahkan segala urusan. "Kecut-kecut jantung aku. "Seram. Mudah-mudahan semua selamat sampai tempat dituju. "Pengalaman yang menakutkan bagi penumpang," tulis beberapa individu. Dalam pada itu, setakat Selasa pagi, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 4,919 orang daripada 1,421 keluarga. View this post on Instagram Takutnya. Kuat betul ombak. Banjir kat tempat korang macam mana? Makin OK atau makin teruk? #mstaronline #mstarMoi (Kredit FB Yana Rosde) A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Dec 2, 2019 at 6:06pm PST