"TAK sempat buka seluar dah mati dulu..." Demikian komen seorang netizen secara berjenaka mengenai video tular teknik apungan diri menggunakan seluar yang dijadikan pelampung. Video tutorial jurulatih renang, Muhammad Firdaus Md Noor itu pada mulanya dikongsi di Facebook sebelum ia secara tiba-tiba tular di Twitter pada Sabtu lalu setelah dimuatnaik oleh seorang individu. ARTIKEL BERKAITAN: Si cilik autisme pertama renang 1km di Laut Cina Selatan ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pakai baju kurung pergi kelas” - Pantas! Atlet buat kejutan, kata nak merisik tapi bawa cincin tunang Bercerita kepada mStar, pemuda berusia 35 tahun itu sebenarnya gembira apabila video berkenaan diperkatakan orang selepas tersebar dan menjadi tular memandangkan ia boleh memberi ilmu kepada masyarakat. "Ayah ajar saya berenang sejak umur tujuh tahun, sebab ayah pun suka berenang. Saranan saya, memang bagus hantar anak belajar berenang. "Ilmu yang berguna. Pergi kelas, bila dah pandai, ilmu tu boleh guna seumur hidup. Berenang ni bukan sekadar nak masuk bertanding. "Sekurang-kurangnya kita ada ilmu untuk selamatkan diri," ujarnya ketika dihubungi. Kelas renang kelolaan Firduas melibatkan pelajar pelbagai latar belakang dan usia. Mengulas video tular membuat pelampung menggunakan seluar, Firdaus berkata teknik berkenaan sudah lama diguna pakai dan ia cukup membantu sewaktu berlakunya kecemasan di dalam air. Tambah Firdaus, dengan ilmu yang ada, seseorang itu boleh menggunakan bahan sekeliling untuk menyelamatkan diri mereka khususnya ketika lemas. "Teknik survival pakai seluar ni, orang laut biasa guna. Tentera laut atau nelayan. Dah lama dah. "Kita boleh guna apa sahaja yang ada pada badan termasuklah seluar atau beg. Apa-apa benda yang boleh masuk udara, boleh jadi pelampung. Tak boleh panik, anda cepat lemas apabila angkat tangan sebab badan jadi berat. Terkapai-kapai sekejap terus tenggelam. Elak angkat tangan. MUHAMMAD FIRDAUS MD NOOR JURULATIH RENANG "Kita juga boleh gunakan diri sendiri kalau tiada sebarang pelampung. Fungsi paru-paru sama seperti pelampung. "Tarik nafas simpan udara dalam paru-paru. Dagu tu kita melangut bagi jauh dari air, muka tengok ke langit. Kita boleh terapung," ujarnya. Apa yang penting kata Firdaus, seseorang itu tidak boleh panik dan meronta-ronta di dalam air jika berlaku kecemasan. "Sebelum lemas, kita akan choke (tercekik) dahulu sebab tertelan air. Masa tu tak dikira lemas lagi. Video ini dimuat naik di Facebook sebelum ia menjadi tular sekali lagi di Twitter. (Kredit: FB Aqua Space Swimming And Diving Centre dan Twitter @mszikr) "Apabila dah tenggelam, tertelan air, baru kita kata lemas. Biasa masa lemas orang terkapai-kapai angkat tangan minta tolong. "Tak boleh panik, anda cepat lemas apabila angkat tangan sebab badan jadi berat. Terkapai-kapai sekejap terus tenggelam. Elak angkat tangan," katanya lagi. Firdaus sebelum ini pernah menjadi jurulatih skuba sebelum beralih menjadi jurulatih renang. Sepanjang kerjaya, dia sudah melatih hampir 1,000 pelajar bermula usia lima hingga 60 tahun. Dia kini bertugas sepenuh masa dalam bidang berkenaan di Pusat Aqautik Gunung Keriang di Alor Star, Kedah. Kata Firdaus, ilmu survival sangat penting untuk digunakan sewaktu kecemasan. Dalam pada itu, video pelampung yang dibuat menggunakan seluar oleh Firdaus sehingga kini menerima hampir setengah juta tontonan di YouTube. Selain berterima kasih atas info berguna, netizen turut berjenaka mengenai video tersebut. "Tak sempat nak buka, aku mengucap dulu. Aku ingatkan dia terjun, seluar dia terus kembung macam pelampung. Firdaus mula belajar berenang sejak berusia tujuh tahun. "Sebelum pelampung tu siap aku dah mati lemas. "Sebelum nak kembungkan seluar tu, sempat aku kembung dulu," tulis netizen secara berseloroh. Dalam video berdurasi seminit 53 saat itu, Firdaus terjun ke dalam kolam sebelum membuka seluar yang dipakainya. Dia kemudiannya menggunakan tangan untuk mengisi udara dalam seluar tersebut sebelum ia mengembang dan dijadikan pelampung. View this post on Instagram Seluar kita pakai boleh jadi pelampung uolls. #mstaronline #mstarMoi (Sumber: Aqua Space Swimming and Diving Centre) A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Dec 2, 2019 at 8:03pm PST