DEMI kasih dan sayangnya terhadap suami, seorang wanita sanggup berhenti kerja walaupun pendapatannya mencecah RM6,000 sebulan. Namun siapa sangka, pengorbanan itu akhirnya 'makan diri' apabila dia kini bagaikan merempat dalam rumah sendiri. Ibu kepada dua cahaya mata itu membuat luahan berkenaan menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga sebelum ia sekali lagi ditularkan ke Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Ugut frame slip gaji tampal dalam rumah... esoknya suami teriak tak jadi tambah bini - “Taubat sampai syurga kata dia” ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...” "Ada master degree. Berhenti kerja atas permintaan suami untuk ikut dia bertugas. Kerana sayang dan patuh suami, saya turutkan. "Suami kerja hebat. Dapat lima angka. Sepanjang berkahwin, tak ada duit belanja diberikan pada saya. "Sesen sangat berkira. Saya stress sampai meroyan sebab dulu saya yang cantik, kemas dan bergaya. Sekarang jadi selekeh, sememeh dan buruk. Tak ada keyakinan diri," luah wanita malang itu. Lebih memilukan, suaminya tidak terlepas memberikan wang kepada ibu sendiri setiap bulan, namun mengabaikan keperluan isteri sendiri. Paparan skrin luahan wanita itu yang tular di Twitter. Malah, dia juga pernah dimarahi ibu mentuanya dan dituduh mahu hidup dalam kemewahan. "Saya jawab balik pada mak mentua. Kalau betul saya nak kemewahan, apa yang ada di badan saya yang mak nampak mewah? "Saya pakai serba-serbi yang ada sahaja dan beli di pasar malam yang harganya RM5 ke RM10 sahaja. "Saya ada akses bank suami tanpa pengetahuan dia. Saya tengok semua transaksi. Mak mentua dapat paling sikit RM500 hingga RM2,000 sebulan," tulisnya lagi. Bila saya tanya suami, ada tak duit belanja saya? Dia selalu suruh saya tunggu kalau dia ada duit lebih. Tapi sampai ke sudah memang tak ada duit belanja. ISTERI MALANG Tambah wanita itu, sudahlah wang tidak diberi, dia turut dihina oleh suaminya dan dianggap sudah berubah berbanding waktu awal perkahwinan mereka dahulu. Akibat layanan sedemikian, dia mengakui sedih dan turut meminta netizen memberikan pendapat untuk membuat aduan melalui saluran yang betul. "Bila saya tanya suami, ada tak duit belanja saya? Dia selalu suruh saya tunggu kalau dia ada duit lebih. "Tapi sampai ke sudah memang tak ada duit belanja. Tapi dia pandai komplen. Saya tak cantik macam dulu, tak wangi serba-serbi tak kena. "Sebab saya bukan ada duit macam saya kerja dulu. Pergi spa, facial dan sebagainya untuk cantikkan diri," katanya lagi. Sehingga kini, posting berkenaan menerima lebih 7,700 ulang kicau di Twitter. Malah, ramai netizen turut menghujani posting itu dengan meluahkan rasa berang atas layanan suaminya.