suria

Ramai bengang tengok gaya lelaki ‘acah’ hero libas kepala ular sampai putus, ada juga yang sokong - “Dari kesian terus nak maki”

Video ini menjadi tular apabila dikongsi di laman Facebook.

KEDATANGAN musim tengkujuh bukan sahaja menjadi ujian buat manusia, malah ia turut memberi kesan kepada pelbagai spesis lain termasuklah tanaman dan haiwan.

Haiwan berbisa seperti ular misalnya, ia juga sama seperti manusia, bergerak ke kawasan lain untuk menyelamatkan diri.

Terbaharu, tular satu video seekor ular tedung yang dilibas dengan sabit sehingga terputus kepalanya, dipercayai dirakam sewaktu musim tengkujuh melanda Pantai Timur, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pakai baju terang untuk tarik perhatiannya” - 8 kali dipatuk, lelaki ini masih 'steady' bergambar dengan ular

ARTIKEL BERKAITAN: Ular Tedung ‘Lepak’ Dalam Almari

Video dipercayai dirakam di Kok Keli, Kelantan yang mana seorang lelaki dilihat berhadapan dengan haiwan berbisa itu sebelum menghayunkan sabit sehingga kepalanya putus.

"Keno dok? Palo pah mano? (Kena tak? Kepala kat mana?)," soal lelaki yang merakam video itu kepada seorang lagi individu yang memenggal kepala haiwan berkenaan.

Video yang dikongsi menerusi laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia -Malaysia Animal Association itu sehingga kini menerima lebih 12,000 tontonan.

"Banyak spesis haiwan akan terjejas ketika musim banjir. Paling ditakuti adalah haiwan berbisa yang keluar dari habitat untuk cari tempat berlindung dan selamat.

"Masyarakat di luar adalah dinasihati untuk lebih berhati-hati sewaktu musim banjir dan air naik.

Keadaan ular itu yang terputus kepala dan badannya.

"Pastikan diri sentiasa siap sedia dengan kehadiran haiwan berbisa di segala sudut ruang di kediaman dan jalanan. Utamakan keselamatan," tulis pengendali Facebook itu.

Malah, mereka turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan provokasi terhadap haiwan berbisa demi menjaga keselamatan diri.

Namun, tindakan mempertahankan diri dibolehkan sekiranya seseroang itu berada dalam keadaan mengancam nyawa dan sudah tidak mempunyai pilihan selain membunuhnya sahaja.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menghujani posting berkenaan dengan pelbagai komen.

Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang berang dengan tindakan itu yang disifatkan kejam terhadap haiwan.

Paparan skrin posting tular berkenaan di Facebook.

"Ramai acah-acah pencinta haiwan bagi reaction marah. Maaf jika haiwan berbisa dan akan memudaratkan kita, kita patut lakukan sesuatu.

"Kenapa nak bunuh padahal tempat tu kan memang habitat dia?

"Rakam dan sebar. Dari kesian terus nak maki. Nak tunjuk hero ke apa?

"Sila utamakan diri sendiri dahulu dari bahaya haiwan berbisa yang boleh membawa maut," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
banjir, haiwan berbisa, ular, parang sabit

Artikel Lain