IBU bapa mana yang tidak sedih jika anak mereka mengalami masalah 'speech delay' atau lambat bercakap. Terbaharu, sebuah perkongsian video tular apabila seorang kanak-kanak yang menurut doktor berkemungkinan besar mengalami 'speech delay' berjaya menyanyikan sebuah lagu apabila dibawa ke pusat karaoke. ARTIKEL BERKAITAN: Normal atau istimewa bukan alasan, Aqil tetap pimpin tangan Al Muqri di PAGN ARTIKEL BERKAITAN: Dimarahi kerana perangai pelik anak autistik, si ibu ini hanya mampu meminta maaf dan menangis - “Terfikir juga mungkin saya silap makan, cakap ketika mengandung” Video tular tersebut dimuatnaik oleh Nurul Anis Nazlin Zahar di Twitter untuk berkongsi kegembiraan apabila anak buahnya, Aufa Khairy Abdul Khobir yang berusia tiga tahun, akhirnya dapat menyebut perkataan melalui nyanyian. Malah, ibu kepada Aufa Khairy, Nurul Anis Nadia Zahar juga terkejut melihat anak lelakinya itu mampu menyanyikan beberapa baris lagu tersebut dengan lancar, tidak seperti sebelum ini yang mana kanak-kanak itu hanya mampu menyebut satu suku kata perkataan. Anis Nadia dan Abd Khobir tidak pernah putus asa membantu anak lelakinya, Aufa Khairy. "Sebelum ni, dia memang rajin tengok muzik video Akim nyanyi lagu Rampas berulang-ulang kali, tapi selalunya hujung-hujung sajalah lirik yang dia dapat sebut. "Tapi tak sangka pula bila saya dan suami bawa dia pergi karaoke, dia boleh nyanyi full. Rasa terkejutlah bila dia nyanyi penuh. Sejujurnya, semua parents mesti nak tengok yang terbaik untuk anak mereka. "Macam tu juga saya dan suami bila tengok improvement anak kami," katanya ketika dihubungi mStar. Melihat perubahan positif ini, ibu berusia 33 tahun ini bersetuju bahawa terapi muzik sedikit sebanyak membantu melancarkan pertuturan anaknya. Menurut Anis, dia dan pasangannya, Abd Khobir Abd Rashid, 37, sentiasa berfikiran positif dan tidak berputus asa mencuba kaedah atau rawatan alternatif supaya anaknya dapat bertutur seperti kanak-kanak normal. Rasa terkejutlah bila dia nyanyi full. Sejujurnya, semua parents mestilah nak tengok yang terbaik untuk anak-anak mereka. NURUL ANIS NADIA ZAHAR IBU Tambah Anis, dia juga ada membawa anak lelakinya mendapatkan rawatan pakar bagi mengenalpasti masalah lain yang mungkin melambatkan pertuturan Aufa Khairy. "Macam muzik ni memang membantu dia untuk bercakap lebih banyak... contohnya tonton YouTube yang ada lagu-lagu. "Bagaimanapun kami tak tertekan diuji sebegini. Kami ambil dari sudut positif apa yang kami boleh lakukan untuk Aufa," katanya. Selain itu Anis turut menasihati ibu bapa yang menghadapi masalah sama sepertinya supaya tidak berputus asa jika anak-anak mereka lambat bertutur. Dia turut menekankan ibu bapa supaya menerima seadanya anak-anak yang senasib dengan Aufa kerana mereka sebenarnya memiliki kelebihan dan kekurangan sendiri. Akim Ahmad turut berkongsi video Aufa menyanyikan lagunya. "Jangan putus asa, cuba dapatkan mana-mana rawatan daripada pakar. "Jangan rasa down, sebab setiap kanak-kanak ni ada kebijakan mereka yang tersendiri," katanya. Video tersebut juga telah dikongsi oleh penyanyi Akim and The Majistret, iaitu penyanyi asal lagu Rampas yang dinyanyikan Aufa. Akim Ahmad, 28, berpendapat bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keunikan sendiri malah dia mendoakan supaya Aufa berjasa kepada ibu bapa. "Beza pandai anak kecil ni tak sama. Ada yang bercakap dulu, atau ada yang dari tingkah laku. "Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta berdedikasi pada ibu bapa," tulisnya di Twitter. View this post on Instagram Betul ke adik ni ada speech delay? Padu je dia nyanyi. #mstaronline #janganseriussangat A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Dec 10, 2019 at 8:27pm PST