MEMPUNYAI sahabat yang gila-gila pasti menyeronokkan. Dengan gelagat dan lawak mampu menceriakan suasana, dan tentunya sesiapa juga pasti tidak akan kering gusi. Apatah lagi ketika sedang stres gara-gara terpaksa menyiapkan tugasan mahupun mengulangkaji pelajaran. Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat seorang pelajar yang menyampaikan ucapan sempena hari lahir sahabatnya. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini tak boleh move on walau dah setahun ‘digantung’ kekasih kejam, rakan dedah pernah menangis - “Kami dah nak tidur, baru dia masuk bilik” ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar laung azan nak suruh kawan berhenti main futsal… Sudahnya jadi rebutan nak dibuat calon menantu Apa yang melucukan, caranya menyampaikan ucapan dengan nada yang seolah-olah bersyair dan bertaranum mencuit hati netizen. Ketika bercerita kepada mStar, Muhammad Fadzlullah Mohd Salehuddin berkata, sejujurnya dia tidak mengetahui bahawa tanggal tersebut merupakan hari ulang tahun kelahiran ke-19 sahabatnya, Amirul Iman Md Nizam. Video yang dimuat naik oleh rakan Fadz menjadi tular sehingga meraih sehingga melebihi 38,000 retweet. “Malam itu saya agak stres kerana menyiapkan assignment. Waktu itu pula saya memang bertandang ke bilik Amirul yang terletak bersebelahan bilik saya untuk menyiapkan assignment bersama-sama rakan lain. “Tengah stres, tiba-tiba ada beberapa rakan yang mengatakan hari itu iaitu Khamis, adalah hari ulang tahun Amirul. Memang tengah stres, saya pun bangun dan secara spontan memberi ucapan kepada sahabat saya itu. Alunan nada ala bersyair itu pun secara spontan saya lagukan. Tak perasan rupanya ada rakan lain yang rakam,” ujar pelajar sebuah kolej matrikulasi di Selangor itu. Menurut pemuda yang disapa Fadz ini, dia juga tidak mengetahui bahawa video tersebut dikongsi di laman sosial. Fadz (tiga dari kanan) dikenali sebagai seorang yang berperwatakan gila-gila oleh sahabat-sahabatnya. “Saya ingatkan mereka rakam itu untuk kawan-kawan sahaja. Tak sangka pula salah seorangnya memuat naik di Twitter sehingga akhirnya menjadi tular,” ujar pelajar jurusan Sains ini lagi sambil menambah, dek kerana video tersebut menjadi tular, pengikutnya di laman Twitter bertambah. Dalam pada itu menurut Fadz, dia sedar video tersebut tidak sekadar menerima komen positif, malah ada segelintir netizen memberikan komen negatif. “Saya sebenarnya suka syair-syair Arab. Itu yang ucapan itu mempunyai lenggok-lenggok ala-ala syair. Tapi ada pula yang kata saya seolah-olah menghina azan. Saya minta maaf kalau ada yang fikir ia lenggok azan, tapi sebenarnya bukan. Ia lenggok ala-ala syair dan taranum. Memang tak ada niat nak hina azan atau sebagainya,” jelas Fadz. Amirul (tengah, berdiri) merupakan junior kepada rakannya, Fadz. Bercerita lebih lanjut, pemuda ini berkata lenggok taranum dipelajari daripada ayahnya yang merupakan seorang guru mengaji al-Quran. “Sewaktu sekolah rendah dahulu, saya pernah juga masuk taranum Al-Quran. Malahan abang saya juga pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan tilawah Al-Quran sehingga ke peringkat kebangsaan. Tapi sekarang ayah dah tua, tidak lagi mengajar mengaji,” katanya. Kata Fadz lagi, video berkenaan hanya sekadar untuk hiburan semata-mata tambahan pula dia sememangnya dikenali sebagai seorang yang berperwatakan gila-gila di kalangan rakan-rakannya. Saya sebenarnya suka syair-syair Arab. Itu yang ucapan itu mempunyai lenggok-lenggok ala-ala syair. Tapi ada pula yang kata saya seolah-olah menghina azan. Saya minta maaf kalau ada yang fikir ia lenggok azan, tapi sebenarnya bukan. MUHAMMAD FADZLULLAH MOHD SALEHUDDIN “Sekali lagi saya minta maaf. Usahlah ambil serius kerana ia hanya sekadar gurauan, malah bukan niat untuk menghina pun. Ia lebih kepada nak hiburkan diri sendiri dan rakan-rakan yang sedang stres. “Apapun, momen itu adalah antara kenangan manis dengan rakan-rakan. Bagi saya, kita perlu menghargai rakan-rakan apatah lagi ketika sama-sama sedang belajar. Nanti apabila masing-masing sudah bawa haluan sendiri, susah mahu berkumpul seperti sekarang. “Hargailah masa yang kita ada bersama mereka,” ujarnya mengakhiri bicara. View this post on Instagram Lain macam wish birthday... siap ada lenggok bagai. Barulah rare gituuuu. Nantikan artikel selanjutnya Kredit: Twitter mhdhilmiii #mstarkongsi #mstarSH A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Dec 15, 2019 at 8:00pm PST