suria

“Dia mati-mati tak mengaku, siap sumpah!” – Wanita mangsa gangguan seksual guna ‘senjata’ akhir, remaja rakam gambar dalam tandas kantoi

Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika sedang menggunakan tandas di sebuah restoran baru-baru ini.

“TERANG-TERANG nampak telefon bimbit warna merah dekat dinding penghadang antara bilik air dan kamera betul-betul menghala ke arah aku”

Demikian cerita seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika menggunakan tandas di sebuah restoran di Alor Setar, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 2 anak menangis jadi mangsa gangguan seksual lelaki gempal - “Dia rapatkan badan, saya boleh rasa sesuatu terkena pada punggung”

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih menyelit, rupa-rupanya mat motor ada plan baik punya! Wanita terkedu tengok lelaki gila seks sebelah pintu kereta 

Menerusi satu perkongsian di Facebook, wanita berkenaan berkata sebaik sahaja dia ternampak telefon bimbit tersebut, dia cuba mencapainya namun tidak kesampaian kerana dinding penghadang antara bilik air itu agak tinggi.

Wanita tersebut kemudian terus keluar tandas dan menunggu si pelaku yang merakam videonya di luar.

Menurut wanita tersebut, tidak lama kemudian seorang remaja lelaki keluar dari tandas bersebelahan dan dia terus menahannya kerana yakin remaja tersebut adalah pemilik telefon bimbit merah yang merakam tadi.

Perkongsian seorang wanita mengenai gangguan seksual yang dialami ketika menggunakan tandas di sebuah restoran, baru-baru ini.

“Mai (mari sini) nak tengok phone!! Kenapa hang gelabah. Kenapa hang sembunyi phone hang?

“Dia tetap tak mengaku. Dia cuba nak lari. Dia kata dia nak kena pergi hospital melawat mak dia sakit,” tulis wanita berkenaan mengimbas saat bersemuka dengan remaja itu.

Ketika sedang bersoal jawab dengan kehadiran beberapa individu lain, remaja lelaki berkenaan, yang merupakan salah seorang pekerja di restoran itu, kemudian telah melarikan diri.

“Selepas aku pergi jumpa bos kedai. Memang menggeletar menahan marah dan menangis kuat la. Satu kedai tengok. Bos tu terus hidupkan motor untuk pergi cari budak tu.

“Dipendekkan cerita, aku dan kawan-kawan standby dekat kedai untuk tunggu budak tersebut. Orang sekeliling nasihat aku untuk selesaikan cara baik dengan budak itu kalau dia mengaku….jangan buat laporan polis.

“Selepas kira-kira dua jam, budak itu munculkan diri. Dia mati-mati tak mengaku, bersumpah demi Allah, demi mak dia yang sakit… macam-macam lagi. Dia beri telefonnya untuk kami check, memang apa- apa bukti tak ada. Dah delete (padam),” tulisnya.

Wanita tersebut dalam perkongsian berasingan turut menasihati orang lain agar berhati-hati dan bersikap peka dengan keadaan sekeliling.

Bagaimanapun wanita itu berkata, dia terpaksa menggunakan ‘senjata’ terakhir memandangkan remaja lelaki berkenaan masih berdolak dalih.

“Memang aku elak nak guna tapi kalau berdalih macam ni, aku terpaksa. Aku tau hang hisap dadah. Orang kedai ni habaq (beritahu). Hang guna bilik air tu untuk hisap dadah jugak kan? Kalau hang tak mengaku, aku report polis,” tulis wanita itu lagi.

Sebaik sahaja berkata demikian, menurutnya muka budak lelaki tersebut terus berubah dan akhirnya mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Kata wanita itu, dia kemudian ke balai polis untuk membuat laporan pada keesokannya.

Bagaimanapun menurutnya, sehingga kini dia masih menunggu perkembangan siasatan yang dilakukan oleh pihak polis, selepas memberikan keterangan dan menyerahkan telefon bimbit remaja lelaki berkenaan sebagai bahan bukti.

Wanita tersebut membuat laporan polis agar siasatan dilakukan.

Wanita ini berkata, dia juga kecewa dengan sikap keluarga remaja lelaki berkenaan yang seolah-olah lepas tangan, malah yang lebih mengejutkan, tiada langsung permohonan maaf yang dibuat terhadapnya.

Justeru kata wanita ini, perkongsian yang dibuat menerusi media sosial adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat agar lebih berhati-hati, dan dalam masa yang sama membuka mata dengan isu sedemikian kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Kalau berlaku kejadian macam ni, terus telefon polis dan  biar polis yang selesaikan. Perempuan kena berani. Jangan malu untuk bersuara. Kita ada hak terutamanya yang berkaitan dengan maruah diri kita. Berani kerana benar.

“Masyarakat kena buka mata. Jangan bersikap tidak peduli. Jangan tengok saja. Lagi teruk, jangan nak halang kebenaran sebab nak jaga periuk nasi sendiri. Tak mahu bertanggungjawab langsung.

“Akhir sekali, semua orang ada peranan masing-masing. Perempuan perlu lebih berhati-hati. Terlalu ramai orang yang tidak baik di luar sana. Orang lelaki pun, tolonglah jadi pelindung wanita. Harap semua boleh ambil pengajaran,” tulisnya lagi. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain