suria

Ramai bengang, pemuda dianggap pendendam harapkan majlis kahwin ex awek dilanda banjir – “Memang patut pun kena tinggal, busuk hati!”,

Sekeping gambar majlis perkahwinan ditenggelami air menjadi tular menerusi perkongsian seorang pemuda di laman sosial.

MUSIM tengkujuh dengan cuaca hujan lebat yang melanda di beberapa negeri ketika ini biasanya akan mengakibatkan berlakunya bencana banjir.

Bagi yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan, tentunya keadaan yang tidak diduga itu mengakibatkan ia terpaksa diteruskan walaupun situasi sekeliling kediaman mahupun dewan ditenggelami air.

Logiknya tidak ada tuan rumah kenduri kahwin yang mahu melalui situasi sedemikian kerana ia tentu sekali mengganggu urusan majlis menyambut menantu dan kehadiran tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, “Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang”

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka awek buat ‘prank’ hari jadi, rupanya minta putus nak balik kepada ex... “Birthday present paling malang dalam hidup saya”

Namun lain pula halnya bagi seorang pemuda ini apabila dia berprasangka buruk dan mengharapkan kenduri kahwin bekas kekasihnya dilanda banjir.

“Aku harap majlis ex aku macam ni,” ujar seorang pemuda di laman sosial yang mendoakan majlis perkahwinan bekas teman wanitanya dibadai bencana alam itu. 

Perkongsian seorang pemuda mengenai bekas kekasih, mengundang kritikan warganet.

Turut dimuat naik sekeping gambar yang dipercayai dirakamkan dari sebuah kenderaan yang menunjukkan kawasan majlis perkahwinan ditenggelami air akibat hujan lebat.

Perkongsiannya itu bagaimanapun mendapat kencaman netizen yang rata-ratanya berpandangan pemuda tersebut tidak sensitif dan mempunyai sifat dendam.

Ramai yang menasihatkan agar dia tidak mendoakan keburukan pada orang lain.

“Jangan sesekali mendoakan keburukan pada orang lain. Doalah kebaikan untuknya. Nescaya kamu akan bahagia,” tulis seorang warganet.

Ex kau yang bermasalah dengan kau tapi sekali keluarga kena tempias,” katanya.

Sebahagian kritikan dan komen warganet.

Kritikan terhadap pemuda itu antara lain rata-rata membuat tanggapan bahawa niat buruknya itu menjadi punca hubungan bersama kekasihnya sebelum ini putus.

“Memang patut pun kena tinggal. Busuk hati,” komen seorang warganet.

“Patutlah jadi ex. Hati busuk rupanya,” komen yang lain bersetuju.

Malah, ada yang menasihatkan pemuda tersebut supaya melupakan kisah lalu dan terus melangkah secara positif.

“Kena reda dan move on. Perkara dah berlaku, itu semua ketentuan Allah. Mungkin ada yang terbaik menanti,” ujarnya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
banjir, kahwin, kekasih, ex

Artikel Lain