suria

“Dia nampak lengan aku separuh hitam, separuh putih kot...” - Baru 5 bulan jadi rider, lelaki ini tak sangka ada pelanggan sanggup beri 'sunscreen'

Jalal membuat perkongsiaan diberikan krim pelindung matahari daripada seorang pelanggan menerusi Twitter.

BUKAN mudah untuk menjadi seorang rider  kerana sering kali perlu meredah hujan dan menahan cuaca panas bagi memastikan bungkusan pengguna selamat sampai ke destinasi. 

Kadang-kala terpaksa melayan pelbagai jenis dan ragam manusia daripada yang muda hingga ke tua demi mencari rezeki. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rider Foodpanda dapat tempahan diselubungi persoalan! Apartment kosong, jalan sunyi, “Siapa yang order kalau begini?”

Namun berbeza pula dengan perkongsian rider yang baru lima bulan menceburi kerjaya ini di laman sosial Twitter apabila usahanya dihargai ketika menghantar barangan kepada pelanggan. 

Jejaka bernama Jalal Baharin ini meluahkan rasa terharu apabila dia menerima krim pelindung cahaya matahari daripada seorang pelanggan ketika menghantar parcel. 

Apa yang berlaku membuatkan lelaki berusia 32 tahun ini rasa dihargai ketika diberi krim pelindung UV tersebut kerana sememangnya banyak terdedah kepada sinaran matahari sewaktu menunggang motosikal semasa menghantar barangan pelanggan. 

Katanya, ini bukan kali pertama dia menerima hadiah atau barangan daripada pelanggan, malah Jalal bersyukur apabila sering mendapat pelanggan yang bertimbang rasa terhadapnya. 

Posting berkenaan di laman sosial Twitter.

Tambah Jalal, seorang runner perlu mengejar masa supaya barangan pelanggan sampai cepat dan tepat pada waktu yang ditetapkan. 

"Saya tak sangka pula dapat sunscreen daripada pelanggan. Sebab at first, saya tak tahu apa yang dia bagi. Tapi nampak tulisan UV, cuma tak pasti tu apa. 

"Bila saya Google, memang betullah tu krim pelindung UV. Saya rasa terharu dan dihargai sebab kami nak tak nak kena redah sama ada cuaca panas atau hujan. 

"Saya bersyukur dengan pelanggan-pelanggan yang bertimbang rasa layan kami  macam ni. Hari tu ada dapat kek, pernah juga dapat biskut almond london. 

"Tak sempat kadang-kadang nak jaga kulit ke apa, sebab kami kejar masa to make sure barangan customer tu selamat sampai on time

"Mungkin dia bagi saya sunscreen sebab dia nampak lengan saya separuh hitam separuh putih kot ?" katanya yang tergelak ketika menceritakan pengalamannya ketika dihubungi mStar

Mungkin dia bagi saya sunscreen sebab dia nampak lengan saya separuh hitam separuh putih kot ?

Jalal Baharin

Runner Bungkusit

Jalal sempat berkongsi cabarannya sebagai petugas Bungkusit apabila dia hampir terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

"Ada satu masa tu, saya pernah terkena langgar dengan lori. Masa tu kat traffic light, dia betul-betul rapat belakang saya.

"Mujurlah masa terkena tu tak ada apa-apa. Motor okay, dan saya pun tak cedera. Terkejut juga sebab tak jadi apa-apa, sedangkan lori yang langgar tau. Tapi Alhamdulilah semua selamat," ujarnya. 

Sebelum menjadi ahli keluarga Bungkusit, Jalal bertugas sebagai wartawan sukan di akhbar Kosmo. 


Jalal pernah hampir terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Namun setelah syarikat akhbar berkenaan menamatkan operasi, bapa kepada seorang cahaya mata ini terpaksa mencari pekerjaan lain demi menanggung ahli keluarganya. 

"Bila dapat tau yang kami diberikan 24 jam notis untuk berhenti, saya tak ada pilihan lain. Nak tak nak kena cari kerja lain. 

"Dari situ saya cuba jadi rider. Ya lah, nak kena tanggung keluarga, lagi pun komitmen banyak. Memang kena kerjalah," tambahnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
runner, rider

Artikel Lain