suria

Hasrat siswa ini nak kongsi transformasi kulit wajah, tapi kening dapat perhatian - “Bukan nak jadi second MK K-Clique”

Kael tak berniat untuk cukur kening atau tiru selebriti MK K-Clique.

LAIN yang ingin ditunjukkan, lain pula yang dapat perhatian netizen. 

Begitulah perkongsian seorang pengguna laman sosial Twitter, apabila dia memuat naik dua buah foto transformasi wajahnya pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja nak tunjuk baju baharu, tapi katil 3 tingkat yang dapat perhatian - “Yang gatal tu, sebab saya post gambar seksi” 

Kata pemuda berusia 20 tahun ini, dua foto yang dimuat naik memaparkan perubahan kulit wajahnya. 

Namun, ramai netizen yang cuba pertikaikan bentuk keningnya selepas kulit wajahnya beransur pulih. 

"Dia punya effect bersih sampai kening hampir hilang, kena cuba ni. 

Beberapa netizen mempertikaikan bentuk kening Kael berbanding dengan transformasi kulit wajahnya.

"Alhamdullilah awak punya skin tak ada effect kat kening. Hahahahahah. By the way your skin so good. Lawa sangat.

"Kening putus effect minum air putih banyak sangat ke?," tweet beberapa netizen. 

Kael atau nama sebenarnya Muhammad Kael Sulayman geli hati apabila keningnya yang tercarik lebih mendapat perhatian di sebalik perubahan kulit wajahnya itu. 

Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa keningnya berbentuk sedemikian kerana kakinya tersadung pada batu menyebabkan dia tersembam di  jalan raya sehingga ia tergores pada serpihan batu-batu kecil. 

Ketika kejadian cuaca hujan sekaligus membuatkan jalan raya licin dan dia gagal mengatur langkah dengan rapi hingga terjatuh di bahu jalan. 

Kael kongsi foto transformasi kulit wajah di laman sosial Twitter.

"Sebenarnya, ada insiden yang berlaku sampai kenapa kening saya jadi macam ni. Masa tu hujan lebat dan saya rush nak balik. Kalau hujan kan jalan licin. 

"Jadi masa nak balik tu, accidentally kaki saya tersadung kat batu besar, lepas tu terus saya terjatuh. 

"Masa jatuh tu, muka saya tersembam di jalan sampai sebelah kening saya terkena serpihan batu kecil," katanya ketika dihubungi mStar. 

Tambah Kael, dia tidak berniat untuk mencukur keningnya atau mahu mengikut trend kening seperti penyanyi rap MK K-Clique. 

"Bukannya saya cukur, bukannya nak jadi second MK-K Clique, cumanya saya terjatuh," ujarnya. 

Bukannya saya cukur, bukannya nak jadi second MK-K Clique, cumanya saya terjatuh

MUHAMMAD KAEL SULAYMAN

MAHASISWA UiTM SHAH ALAM

Menurut jejaka ini, dia sekadar mahu berkongsi rahsia penjagaan wajah apabila semua jerawatnya hilang dengan menggunakan produk yang murah dan selamat 

Katanya, tidak semua produk mahal dapat memberi jaminan yang memuaskan kerana yang penting sesuatu produk itu bersesuaian dengan kulit. 

"Saya sebenarnya cuma nak kongsi transformasi kulit wajah, tapi lain pula yang dapat perhatian. 

"Gambar before actually masa bulan Julai lalu. Kalau gambar after tu dalam bulan Oktober macam tu. Kadang-kadang jerawat tumbuh ni bukan sebab isu hormon ke apa, tapi boleh jadi sebab pemakanan juga. 

Kael dedah rahsia penjagaan kulit wajah yang murah dan selamat untuk hilangkan jerawat.

"Bila saya baca sikit-sikit pasal pemakanan ni, yang saya dapat tahu adalah lebih bagus kalau kita elakkan ambil produk tenusu secara berlebihan. Contoh cheese ke susu ke, sebab tak bagus," tambahnya. 

Di samping itu, siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini turut menasihati pengikutnya di laman sosial supaya mengamalkan pengambilan air putih yang cukup supaya kekal sihat.

"Pengambilan air putih yang cukup pun boleh elakkan dari kulit wajah kita berjerawat sebab ia menjaga metabolisme dan dapat mencegah daripada gangguan proses pencernaan," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kening, mk k-clique

Artikel Lain