suria

Tiga tahun menanti, pemuda akhirnya menang saman terhadap bekas tunang - “Tiada niat nak aibkan sesiapa, soal kahwin tak boleh buat main”

Tinggal kenangan... Ezrin bersama bekas tunangnya.

TIGA tahun berjuang menuntut keadilan bagi membersihkan maruahnya yang tercalar selepas hasrat untuk disatukan dengan wanita dicintainya terputus di tengah jalan dan akhirnya dia mendapat pembelaan.

Pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Ezrin Mohd Nazan meluahkan rasa lega kerana memenangi kes saman terhadap bekas tunangnya yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor pada 22 Februari 2017.

"Rasa lega selepas tiga tahun berjuang dan habis masa serta wang untuk turun naik mahkamah. Paling penting saya bersyukur sangat apabila kes ini selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertunang tak sampai sebulan, lelaki diberitahu wanita dikenalinya sejak kecil hanya ada 2 minggu untuk hidup - “Memang buat saya terduduk”

ARTIKEL BERKAITAN:‘Move on’ selepas tak jadi tunang, pemuda ini akhirnya jual cincin – “Nak hadiahkan kat mak, tapi malangnya...”

"Alhamdulillah keadilan akhirnya berpihak kepada yang benar. Saya anggap kemenangan ini untuk keluarga saya.

Ezrin berkongsi berita baik itu di Twitternya.

"Saya harap defendan ambil iktibar dan tak ulangi kesilapan ini pada orang lain," katanya kepada mStar.

Menurut kisah diceritakan pemuda itu menerusi Facebooknya beberapa tahun lepas, dia memfailkan saman terhadap bekas tunangnya setelah mengalami kerugian lebih RM32,000 untuk urusan perkahwinan apabila wanita itu memutuskan hubungan mereka 21 hari sebelum berlangsungnya hari bahagia mereka pada 21 Januari 2017.

Malah pemuda berusia 30 tahun itu berkongsi berita mengenai kemenangannya itu di Twitter sehingga mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji tindakan berani pemuda tersebut.

"Good job bro. Jangan buat orang perempuan pijak suka hati even saya pun perempuan. I know lelaki yang betul-betul nak kahwin nie akan kumpul duit atas usaha sendiri. Nasib baik baru tunang kalau dah kawen hampeh," kata Fatihah.

Bekas tunang Ezrin memutuskan hubungan mereka 21 hari sebelum kedua-duanya disatukan sebagai suami-isteri.

"Seronoknya dengar kisah macam ni. Tak adalah orang anggap semua benda mudah je. Masa nak ditatang, masa tak nak dilempar gitu je. Senang-senang je bagi alasan tak ada jodoh. Baru tahu rasa. Tahniah," tulis Anurains.

Bercerita mengenai perbicaraan kes itu pada Selasa, Ezrin berkata mahkamah memutuskan bekas tunangnya (defendan) perlu membayar ganti rugi lebih RM14,000 kepadanya.

Saya tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Saya harap kes ini dijadikan iktibar dan panduan untuk semua yang menghadapi situasi sama kerana soal perkahwinan bukan boleh dibuat main.

MUHAMMAD EZRIN MOHD NAZAN.

"Saya failkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM32,000 tapi mahkamah luluskan RM14,977.20 kerana defendan gagal mengemukakan alasan enggan berkahwin.

"Jumlah ganti rugi itu perlu dibayar sebelum Disember 2020 secara penuh atau ansuran," katanya.

Meskipun sudah tiga tahun berlalu, Ezrin berkata bekas tunangnya masih belum mendedahkan punca dia enggan berkahwin.

Ibu Ezrin menyarungkan cincin di jari manis bekas tunangnya pada 9 Julai 2016.

"Sampai sekarang tak tahu punca. Even lawyer dan mahkamah pun tak tahu. Defendan tak jelaskan.

"Saya tahu punca dia buat begitu tapi tak eloklah kalau cerita aib dia. Cukuplah apa yang mahkamah dah putuskan," katanya.

Ezrin berkata dia berkongsi perkara itu bukan sengaja mahu mengaibkan bekas tunangnya itu tetapi mahu perkara itu menjadi iktibar buat semua.

"Saya tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Saya harap kes ini dijadikan iktibar dan panduan untuk semua yang menghadapi situasi sama kerana soal perkahwinan bukan boleh dibuat main.

"Saya sarankan jika terjadi pada diri sendiri kes macam ni terus ke mahkamah syariah dan dapatkan nasihat peguam syariah. Mereka lebih pakar. Saya lakukan benda sama dan dapat hak saya," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain