RAKAMAN video yang memaparkan seorang bapa sedang bermain permainan video PlayStation 4 (PS4) sambil memakai set kepala PSVR cukup mencuit hati netizen. Dalam keadaan duduk, dia kemudiannya berdiri sambil menghalakan konsol kawalan, persis babak dalam filem perang. Menurut anak kepada lelaki itu, Muhammad Fikri Danial Muhammad Fadzil, 20, dia baru sahaja membeli set kepala PSVR sebagai alatan tambahan kepada PS4 yang dibeli tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tanya kenapa buat dia macam ni?” - Komplot berjaya, gadis buat pakwe 'ketagih' PUBG menangis ARTIKEL BERKAITAN: PUBG 'jodohkan' pasangan polis dan tentera, “Keluarga terkejut, betul ke kenal dalam game?” "Mula-mula saya tengok orang main PSVR di Youtube. Terus rasa minat nak beli. Saya buat carian di Facebook dan terjumpa PSVR secondhand. "Harganya dalam RM500. Saya maklumkan pada mak, dia bagi kebenaran sebab pakai duit sendiri. Jadi saya pun beli je lah," ujarnya kepada mStar. Posting Fikri yang tular di Twitter. Namun kata Fikri, bapanya, Muhammad Fadzil Abd Kadir kurang bersetuju pada mulanya selepas dia membawa pulang PSVR berkenaan ke rumah mereka di Seremban Jaya, Negeri Sembilan, pada Ahad lalu. Selain membazir wang ringgit, bapanya beranggapan PSVR itu tidak patut dibeli kerana ia pastinya jarang digunakan. "Lepas beli, saya bawa balik dan ayah tanya pasal PSVR tu. Dia masih kata membazir duit je beli benda alah ni. "Tak sampai dua hari selepas itu, pada Isnin malam tu ayah kata nak tengok saya main. Lepas tu dia nak cuba. PSVR tu mengeratkan hubungan kami, Saya sebenarnya lebih rapat dengan ibu. Bila main game, dengan ayah pun saya makin rapat MUHAMMAD FIKRI DANIAL MUHAMMAD FADZIL "Bila dah cuba, dia pula yang berminat. Seronok dia main game," ujar Fikri dalam nada berseloroh mengenangkan bapanya itu. Menurut Fikri, dia sememangnya minat akan permainan video dan sudah memiliki PS2 sejak berusia 11 tahun. Selain PS2, dia juga memiliki PS3 dan PS4. Dalam pada itu, Fikri mengakui kehadiran PSVR itu menjadikan hubungan dengan bapanya lebih erat berbanding sebelum ini. Fikri sekeluarga menetap di Seremban Jaya, Negeri Sembilan. Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, sebelum ini dia lebih rapat dengan ibunya, Tisha Mohd Idris. "Saya terkejut bila post video tu, ia jadi viral. Saya pun ada maklumkan pada ayah. Dia macam tak percaya. "Pada saya, PSVR tu mengeratkan hubungan kami. Saya sebenarnya lebih rapat dengan ibu. Bila main game, dengan ayah pun saya makin rapat," ujarnya. Sehingga kini, video yang dimuat naik Fikri di Twitter menerima lebih 200,000 tontonan. Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen positif, menyifatkan video berkenaan sangat comel dan mencuit hati.