KECOH video yang tular mengenai tindakan pemandu bas membantu seorang pemuda yang terkandas di lebuh raya ketika hujan lebat kerana motosikalnya rosak Memang jarang-jarang berlaku, dan dengan bantuan pemandu bas Rapid KL, lelaki tersebut yang basah kuyup membawa masuk motosikalnya ke dalam bas. Menerusi dua video berdurasi 26 saat dan 30 saat yang dikongsikan di laman sosial, rata-rata memuji kemuliaan hati pemandu bas itu kerana menawarkan pertolongan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri sanggup gadai nyawa bantu sahabat parah kemalangan disangka pencuri, “Cepat nanti tak pasal-pasal kena langgar lori laju” ARTIKEL BERKAITAN: Motor rosak tengah jalan tak sempat ambil pesanan roti canai… “Mujur ada abang ni walaupun tak kenal tapi macam adik-beradik” Pada masa sama, individu yang merakamkan video tersebut dikecam segelintir netizen kerana tindakannya dikhuatiri boleh menjejaskan pekerjaan pemandu bas sehingga dibuang kerja sekiranya melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa menjalankan tugas. Motosikal dibawa masuk ke dalam bas untuk dihantar ke bengkel. Bercakap kepada mStar, individu yang merakamkan insiden tersebut berkata, kejadian berlaku pada waktu puncak petang Khamis lalu ketika orang ramai pulang bekerja. Hanya mahu dikenali sebagai Pinky, katanya ketika itu bas Rapid KL dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke Putrajaya berkenaan baru melepasi kawasan tol di Sunway, Selangor. “Masa tu hujan lebat selebat-lebatnya dan berlaku kesesakan lalu lintas di lebuh raya. Ada seorang penunggang motosikal sedang mencangkung di tepi lebuh raya sedang memeriksa motosikalnya. “Memandangkan kesesakan lalu lintas teruk, pemandu sempat menegur penunggang motosikal tu dan minta bawa masuk motosikal menerusi platform yang digunakan untuk OKU atau penumpang berkerusi roda,” katanya kepada mStar sambil menambah perkongsiannya dipadam selepas menerima kecaman hebat netizen kerana membuat rakaman tersebut. Respons Rapid KL kepada Pinky. Pinky yang menetap di Dengkil, Selangor berkata, penunggang motosikal berusia awal 30an itu dalam keadaan basah kuyup kelihatan cukup lega apabila ada pihak yang sedia membantunya. “Dalam keadaan hujan yang sangat lebat tu, dia nak keluarkan telefon untuk buat panggilan pun tak dapat walaupun pakai baju hujan. “Pemandu bas tu kata saya kasihan tengok awak ni sebab tak ada siapa pun nak tolong awak dari tadi. Memang nampak lega pada wajah dia bersyukur bila ada yang nak bantu dia,” tambahnya. Sering menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL dari Putrajaya ke Kelana Jaya untuk ke tempat kerja, menyebabkan ibu dua anak itu pernah menaiki bas yang dipandu oleh pemandu sama. “Kalau tak silap nama dia Sharifuddin. Pakcik ni nampak garang dan suara dia tegas. Tapi tak sangka masa dia tolong penunggang motosikal tu, nampak sisi lain dia. “Rupa-rupanya pakcik ni baik hati membantu, nampak air muka dia cukup tenang. Saya dan penumpang lain terkedu dengan kemuliaan hati dia,” ujarnya lagi. Penjelasan daripada Rapid KL. Menurut Pinky, pemandu bas itu tidak melencongkan laluannya, sebaliknya menurunkan lelaki tersebut di tepi lebuh raya di Puchong, dekat sebuah bengkel motosikal. “Penunggang motosikal tu berkali-kali cakap terima kasih. Mungkin penunggang tu nak hulur sesuatu, pakcik tu kata tak perlu bayar, kira sedekah. “Saya rakam video tu sebab nak tunjuk kemuliaan hati pakcik tu yang sanggup membantu orang awam. Ya, memang ada SOP tapi kadang-kadang dalam keadaan kecemasan, sikap perikemanusiaan perlu ada. Saya rakam video tu sebab nak tunjuk kemuliaan hati pakcik tu yang sanggup membantu orang awam. Ya, memang ada SOP tapi kadang-kadang dalam keadaan kecemasan, sikap perikemanusiaan perlu ada PINKY “Boleh katakan 80 peratus puji tindakan pemandu bas tu, dah 20 peratus kecam saya sebab video saya tu boleh menyebabkan pakcik tu dibuang kerja sebab tak ikut SOP semasa bertugas,” katanya sambil berharap pihak Rapid KL tidak mengenakan tindakan tatatertib terhadap pemandu bas berkenaan. Pada Jumaat, Rapid KL menerusi akaun Twitter @AskRapidKL memberi respons kepada Pinky bahawa pemandu bas mereka dilatih untuk sentiasa menjaga keselamatan dan memberi layanan yang terbaik kepada penumpang dan orang awam. Rapid KL menyokong tindakan pemandu bas tersebut. Ia berkata, pemandu bas bertindak untuk memberi bantuan yang sewajarnya berikutan penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan dan motosikalnya rosak. “Dalam situasi jalan yang dinaiki air banjir dan boleh membahayakan penunggang motosikal tersebut, kapten bas (pemandu) telah mengambil tindakan untuk membantu penunggang berkenaan dengan menumpangkan motosikalnya dalam bas. “Walaupun ini bukan amalan kami, kami sentiasa menyokong amalan yang baik good deeds kepada orang awam. Ini kan budaya Malaysia,” menurut kenyataan itu sambil berterima kasih berkongsi kisah kebaikan pemandu mereka. View this post on Instagram Terima kasih kapten bas Rapid KL yang bantu brother yang basah kuyup ni sebab motor rosak kat highway masa hujan lebat. Respek! Semoga dia dimurahkan rezeki. Kisah di sebaliknya dalam artikel di highlight dan Insta Story. #mstarkongsi #mstaronline #mstarE1 Video ihsan pinky A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Dec 21, 2019 at 8:48pm PST