SEORANG remaja tidak menyangka kunjungannya ke persembahan gig sebuah kumpulan indie mengimbau kenangan kepada arwah bapanya. Lebih beremosi apabila kumpulan tersebut, Iqbal M menunaikan permintaannya untuk menyanyikan lagu bagi mengubati kesedihan kerana merindui insan tersayang itu. Kumpulan indie yang membawa genre alternatif rock itu terdiri daripada Muhammad Iqbal Othman, 31, sebagai penyanyi, Muhd Al-Hafiz Dolmat, 30, (Fei-gitar); Johan Zolhaidi, 30, (Jo-gitar); Shah Salleh, 35, (Shah-bass) dan Aidil Azali, 30, (Aidil-dram). ARTIKEL BERKAITAN: "Abah... Faris rindu sangat-sangat", remaja ini tak sangka kejutan surat tulisan tangan rupanya satu petanda ARTIKEL BERKAITAN: “Abah pandang siling, merenung lama... tak tahu sempat ke tidak” - Bapa hidap kanser merintih tak dapat lawat anak di kampus setiap minggu Remaja berusia 19 tahun itu, Muhd Azeem Sabri memberitahu, gig tersebut dihadirinya bersama rakan-rakannya di Masai, Johor pada minggu lalu. Perkongsian Muhd Azeem mengenai pengalamannya menyaksikan gig kumpulan Iqbal M. Muhd Azeem berkata, ketika itu dia baru keluar dari tandas berdekatan dengan pentas dan nampak Iqbal yang merupakan vokalis baru selesai menyanyikan satu lagu. “Masa Iqbal tengah buat persiapan untuk persembahan, saya dekati dia dan berbisik kat Iqbal untuk menunaikan permintaan bagi menyanyikan lagu ‘Perasaan Sedih Janganlah Kau Bimbang’. “Saya beritahu ayah saya meninggal 2 Oktober lalu. Saya selalu dengar lalu tu bila tengah bersedih termasuk apabila terkenangkan arwah ayah,” katanya kepada mStar. Muhd Azeem tidak dapat menahan air mata. Muhd Azeem yang merupakan pelajar Politeknik Sultan Ibrahim di Pasir Gudang, Johor berkata, bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung. Mengikuti pengajian Diploma Rekaan Grafik, dia mengakui terkejut apabila Iqbal dan kumpulannya menunaikan permintaannya dengan menyanyikan lagu tersebut. “Saya dengar lagu yang bertenaga tu untuk dapatkan semangat... terutama pada lirik ‘perasaan itu hanya sebentar sayang, perasaan sedih janganlah kau bimbang’. Ayah saya ni seorang yang pendiam dan jarang gelak. Tapi bila dia gelak, itulah yang paling mahal. Dan bila teringat, saya terus menangis di gig MUHD AZEEM “Bila dengar lagu tu, apa pun jadi kita kena move on. Saya sebak semasa tengok persembahan tu sebab terbayangkan wajah arwah ayah yang tengah gelak. “Ayah saya ni seorang yang pendiam dan jarang gelak. Tapi bila dia gelak, itulah yang paling mahal. Dan bila teringat, saya terus menangis di gig,” katanya yang berasal dari Johor Bahru. Kenangan, Muhd Azeem bersama ibu dan arwah bapanya. Namun apa yang mengejutkan anak bongsu daripada tiga beradik itu adalah reaksi penonton yang memberi sokongan moral kepadanya. “Saya terkejut sebab walaupun kami semua tidak mengenali antara satu sama lain, tapi mereka cukup sporting kerana menyokong saya. “Persembahan tu cukup emosi dan mereka yang hadir menonton bukanlah ganas atau agresif seperti yang digambarkan. Mereka juga ada hati dan perasaan,” ujarnya. Muhd Azeem (kanan) bersama keluarganya. Menurut Muhd Azeem, arwah bapanya pernah berpesan agar bijak dan berhati-hati memilih kawan dan bukannya sembarangan. “Ayah memang protective dan begitu mengambil berat terhadap anak-anaknya. Ayah kata jangan kawan sembarangan sebab kalau dilanda kesusuahan bukannya mereka nak tolong. “Carilah yang susah senang sentiasa bersama. Macam saya di gig tu, walaupun saya tengah bersedih pasal arwah ayah, mereka beramai-ramai dekati saya buat saya gembira,” katanya yang akan sentiasa mengingati pesanan arwah bapanya. aku nak cerita sikit momen yang aku tak boleh lupa aku bisik dekat iqbal “bal ayah aku baru meninggal 2/10 jadi bila aku sedih aku selalu dengar perasaan sedih janganlah kau bimbang, aku nak req lagu tu boleh ke?” iqbal angguk and this happen pic.twitter.com/9yM5ruOJiO — 4jim_ (@MuhammadAzeem_) December 14, 2019