suria

“Ramai tanya saya Islam ke tak?” - Semua serba tak kena... Instafamous wajah macam ‘oppa’ bingung dituduh bodoh, syok sendiri

Hisham memiliki hampir 100,000 pengikut di laman Instagram.

"SUMPAH tak tahan dengan rambut ni," demikian kata seorang Instafamous menerusi kapsyen video yang dimuatnaik menerusi laman Twitter miliknya.

Sekadar berkongsi secara suka-suka, niat Hisham Osman bagaimanapun menerima reaksi negatif netizen sehingga ada yang menggelarnya 'bodoh'.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cengkung kini elok, Instafamous kongsi foto glow up dituduh bedah wajah - “Agak terasa orang kata saya ‘hauk’, tapi...”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

Menurut remaja berusia 16 tahun dari Kuching, Sarawak itu, bukan niatnya untuk menagih perhatian di laman sosial dan dia mengakui kecaman yang diterima memberi kesan buat dirinya.

"Tak tahu pula akan dapat kecaman. Sumpah tak minta attention pun daripada orang ramai. Sejujurnya saya nak tanya, nak potong macam mana je rambut tu.

"Saya rasa salah diri saya jugalah dengan kapsyen macam tu, tapi ia sekadar kapsyen.

Antara kecaman yang diterima Hisham menerusi Twitter.

"Bila saya buka Twitter, baru 18 jam dah 300,000 tontonan. Sumpah terkejut la juga dan tiba-tiba baca komen, macam ramai kecam berbanding yang puji," ujarnya kepada mStar.

Menurut remaja yang memiliki hampir 100,000 pengikut di Instagram itu, dia bingung memikirkan segala komen kebencian yang diterimanya gara-gara video pendek tersebut.

Selain itu, dia turut menerima teguran dan dipersoal status agama kerana menggayakan subang, sebagaimana yang dipaparkan di laman sosialnya.

Saya selalu disamakan dengan orang atau artis Korea yang mana saya tak pernah mengaku pun diri saya rupa sebegitu.

HISHAM OSMAN

INSTAFAMOUS

"Saya rasa macam takut, takut la ramai tak suka tapi tak masuk akal mereka tak suka saya sebab tu je.

"Yang komen pun ramai tua dari saya, macam 20-an. Tapi malas nak layan sebab ramai yang kaki bitter dan mungkin ada yang jealous.

"Mula-mula baca komen tu memang rimas sikit dan rasa nak nangis sebab dapat komen kebencian banyak macam tu.

"Dan ramai juga yang tanya saya ni Islam ke tak? Sebab pakai subang, semua siap bagi ceramah. Saya terima ia sebagai nasihat tapi ada yang jenis melampau ni memang saya tak boleh terima," ujarnya.

Video ringkas Hisham sedang bermain rambut sehingga kini menerima lebih setengah juta tontonan menerusi platform Twitter.

Tambah Hisham lagi, dia hampir menutup akaun Twitter gara-gara kecaman yang diterima, namun menarik balik hasrat itu atas nasihat rakannya.

Lebih teruk kata Hisham, ramai kaum Hawa yang turut memberi komen melampau kepada dirinya.

Dalam pada itu, gaya dan wajah Hisham yang kelihatan seperti selebriti Korea atau K-Pop turut mencuri perhatian ramai.

Namun, ia tetap memberi masalah buat Hisham kerana ramai yang menganggap dia 'syok sendiri' biarpun tidak pernah mengaku akan hal itu.

"Saya selalu disamakan dengan orang atau artis Korea yang mana saya tak pernah mengaku pun diri saya rupa sebegitu.

Ada netizen yang memuji rupa paras Hisham yang mana dia disamakan seperti artis K-Pop.

"Saya terima yang puji-puji, tapi ada yang salah faham dan terus membenci seperti saya yang mengaku diri ini seperti orang Korea.

"Saya hanya retweet apa yang orang tweet mengenai saya sahaja. Kepada yang boleh terima teguran ni ingatlah kita manusia dan berkeluarga, kalau tidak diri sendiri yang kena maybe anak anak.

"Kalau tak, cucu. Nanti rasa la kalau kau ada anak-anak ke, atau keluarga mereka yang kena macam apa yang saya kena sekarang," kata Hisham lagi.

Sehingga kini, posting yang menerima kecaman di laman Twitter Hisham itu menerima lebih setengah juta tontonan.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain