suria

“Member-member dia masuk hentam aku... 14 lawan seorang bang, mana larat nak lawan” - Mael kurang waras tapi penyayang

Mohd Fadli (gambar kecil) berkongsi kisah mengenai seorang kelainan upaya tetapi mempunyai sifat penyayang yang tinggi. Foto Facebook Mohd Fadli Salleh

KASIH seorang abang terhadap seorang adik tetap ada walaupun diri kurang waras.

Begitulah Mael yang kurang waras akal fikirannya, tetapi seorang yang penyayang.

Menerusi perkongsian di halaman Facebook Mohd Fadli Salleh, Mael yang sering berada dekat kawasan pasar raya di Gombak, begitu disenangi ramai terutama kanak-kanak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hadiah buat adik-adik, tapi abang yang sebak “Tak pernah meminta-minta, tapi saya tahu mereka teringin”

ARTIKEL BERKAITAN: Abang kering tekak, adik jadi ‘mangsa’ prank... reaksi budak umur 6 tahun ini tetap ‘cool’ walau cuaca panas!

“Dia ni ada sedikit ‘kurang’, tapi tak kacau orang. Budak-budak suka kat dia. Cerita impian dia nak buat pinjaman lima puluh ratus ribu untuk beli tiga lori nak buat bisnes minyak masak dan minyak hitam.

“Ya, 50 ratus ribu tau. Haha, tergelak juga aku,” ujar Mohd Fadli Salleh yang merupakan seorang guru menerusi perkongsian di halaman Facebooknya. 

Mohd Fadli berkongsi kisah mengenai Mael seorang abang yang penyayang.

Berkongsi perbualan bersama Mael yang digelar sebagai ‘abang kawasan’ di sekitar bangunan Ong Tai Kim, Fadli berkata, Mael telah pergi ke rumah adiknya untuk bertanya khabar.

Mael kemudian marah apabila mendapat tahu adiknya belum makan kerana ketiadaan wang dan perkara tersebut tidak dimaklumkan kepadanya.

“Marah dia sebab adik dia tak cakap kat dia. Mael kata, aku mana boleh dengar adik aku lapar bang, kenapa dia tak cakap kat aku?,” ujar Mohd Fadli tanpa mengulas lanjut mengenai latar belakang Mael.

Namun difahamkan, Mael ‘bertugas’ menjaga kawasan parkir.

Dalam keadaan yang tidak mempunyai wang pada waktu tengah malam, Mael bercerita dia keluar rumah berjalan kaki ke Gombak dari Kuala Lumpur.

Walaupun mempunyai kekurangan diri, tetapi Mael ada hati dan perasaan.

Namun setibanya di Tasik Titiwangsa, Mael didekati penunggang-penunggang motosikal dan dimaki sebelum dibelasah beramai-ramai.

“Mael kata, 'Sekali member-member dia masuk hentam aku. 14 lawan seorang bang. Mana larat nak lawan.

“Habis bengkak-bengkak muka dan kepala Mael kena hentak dengan helmet,” kata Mohd Fadli sambil menambah perselisihan itu dileraikan oleh seorang pemuda yang secara kebetulan mengenali Mael.

Kasih seorang abang. Kisah takkan biarkan orang terdekat dia kelaparan walau dia sendiri tiada apa. Asas dosa pahala tu pun dia ada.

MOHD FADLI

Menurut guru itu, dalam keadaan bengkak di kepala, Mael berjalan kaki ke rumah rakannya untuk meminjam wang RM200 tetapi diberikan RM20.

Tak apalah, kurang-kurang dapat juga, kata Mael yang balik semula ke rumah dengan memberikan wang tersebut untuk membeli makanan,” tambahnya.

Sebahagian komen netizen yang terharu dengan kemuliaan hati Mael.

Mael sempat berpesan kepada adiknya dan kata Mael: “Aku walau tak ada duit, demi adik-beradik aku akan usaha bang. Tapi aku takkan mencuri, berdosa bang.

“Baik minta elok-elok, orang bagi aku ambil. Orang tak bagi aku blah,” tambah Mael.

Mohd Fadli berkata, Mael mampu menunjukkan dirinya sebagai seorang abang yang penyayang meskipun mempunyai kekurangan diri.

“Kasih seorang abang. Kisah takkan biarkan orang terdekat dia kelaparan walau dia sendiri tiada apa. Asas dosa pahala tu pun dia ada.

“Ada nilai yang sangat besar di situ yang boleh kita contohi. Benda yang baik, ambil dan contohilah walau dari orang kurang waras akal fikiran,” ujar Mohd Fadli.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain