KECOH mengenai luahan seorang anak muda di laman sosial mengenai gaji permulaan yang masih tidak berubah selepas 10 tahun. Semuanya gara-gara munculnya cabaran perbandingan selama satu dekad yang kini menjadi ikutan di media sosial. “2009 gaji permulaan RM1,800 dan 2019 gaji permulaan RM1,800,” menurut perkongsiannya yang mendapat pelbagai reaksi, dan setakat ini diulang kicau lebih 18,000 kali. ARTIKEL BERKAITAN: Abang lupakan kereta idaman, adik jual motor... 2 anak KL cari rezeki di Pantai Timur - “Dulu kerja orang jantan sekarang perah santan” ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sanggup kerja kilang, buka gerai demi untung RM20-RM30 gara-gara gaji tak cukup - “Sampai rasa adakah saya nak mati?” Pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Muhamad Syafiq ini berkata, gaji permulaan tersebut bukanlah mengenai dirinya, sebaliknya dikongsi berdasarkan pemerhatiannya di media sosial. Posting Syafiq mengikut trend media sosial mengenai perbandingan 10 tahun. Malah, anak muda berusia 28 tahun itu mendedahkan dia mula bekerja pada 2015 dan kini bertugas sebagai jurutera. “Saya tak sangka posting tu viral sampai ramai yang 'bising' gaji permulaan sejak 10 tahun lalu. Itu bukanlah gaji permulaan saya, tak ada kaitan dengan hal peribadi saya. “Tapi kalau gaji saya macam tu pun saya mampu hidup, asalkan kita tahu seimbangkan dengan jumlah gaji dan gaya hidup kita,” katanya kepada mStar. Selain masih bujang dan tidak mempunyai banyak komitmen semasa mula-mula bekerja, Syafiq juga tidak menjalani kehidupan mewah dan hanya berbelanja mengikut kemampuannya. Reaksi netizen berhubung gaji permulaan masing-masing. Walau bagaimanapun pemuda yang dibesarkan di Johor Bahru, Johor itu pernah melalui zaman kewangan yang terdesak. “Walaupun saya cukup dengan gaji yang ada, tapi kadang-kadang pernah juga terdesak atau cukup-cukup sebab ada kecemasan yang tidak dijangka. “Macam tiba-tiba saya kena tukar tayar motosikal yang memerlukan kos tambahan meskipun dah ada rancangan perbelanjaan bulanan,” ujar lepasan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor itu. Walaupun saya cukup dengan gaji yang ada, tapi kadang-kadang pernah juga terdesak atau cukup-cukup sebab ada kecemasan yang tidak dijangka. SYAFIQ Selepas menceburi dunia pekerjaan selama empat tahun sejak 2015, pemuda yang dibesarkan di Johor Bahru, Johor itu lebih selesa menggunakan motosikal kerana baginya, ia lebih menjimatkan berbanding memiliki kereta. “Saya tidaklah mengamalkan gaya hidup mewah, dan bagi saya mungkin gaji kita kecil tapi boleh hidup dengan kerja yang halal, daripada tidak puas hati gaji sikit dan lebih buruk buat kerja haram untuk dapatkan duit lebih,” katanya. Syafiq mengimbangi gaji dan kemampuannya serta gaya hidup. Selain itu, Syafiq yang merupakan anak kelima daripada enam beradik itu sentiasa mengingatkan dirinya bahawa sebesar mana pun gaji, masa adalah tidak ternilai. “Kalau kita nak gaji bertambah, sudah tentu kita kena ada usaha yang lebih untuk itu. Janganlah berkira untuk buat kerja lebih masa. “Pada masa sama, kita juga perlu seimbangkan hal kerja dengan kehidupan peribadi membabitkan keluarga, rakan-rakan dan diri sendiri. “Contohnya, jangan hanya kerana kita nak kejar duit atau mahu gaji tinggi tapi terlupa keutamaan kita dengan keluarga,” katanya.