USIA bukan penghalang! Itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan minat seorang suri rumah dari Jerantut, Pahang yang kini menjadi Youtuber masakan. Hamidah Harun, 61, yang kini popular dengan akaun Youtube Dapur Cik Midah mula mengumpul peminat sendiri setelah kisahnya tular di Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Tak jual kalau tak dapat 'green light' ibu... Masakannya 'Acah-Acah', tapi sedap macam mak masak! ARTIKEL BERKAITAN: Dah la kacak, memasak pun handal! Pelajar UiTM ini buat para gadis tak senang duduk - “Kenyit mata tu paling style” Bercerita kepada mStar, anak bongsunya, Wan Nur Aisyah Wan Ibrahim, 22, mengakui perkongsiannya di laman sosial itu membuahkan hasil apabila ibunya kini mengumpul hampir 4,000 subscribers. "Umi memang suka tengok video masak-masak kat Youtube. Dia kata, kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh? "Lepas saya belikan kuali untuk umi, dia minta saya buatkan video Youtube untuk kongsi resepi. Posting Aisyah mengenai ibunya di Twitter. "Masa mula-mula tu ada la dalam sembilan subscribers. View pun sikit sahaja," ujarnya yang mesra disapa Aisyah. Enggan berputus asa, dia mencuba nasib dengan membuat hebahan mengenai akaun Youtube ibunya di Twitter sehingga kisah itu menarik perhatian ramai. Dari Twitter, netizen mula membanjiri laman Youtube ibunya dengan memberikan sokongan sehingga jumlah tontonan meningkat dengan cukup pantas. Umi memang gembira. Kawan dia datang rumah pun bercerita lagi. Setiap komen dia baca. WAN NUR AISYAH WAN IBRAHIM PELAJAR UiTM "Saya post pasal benda ni di Twitter pada sebelah malam. Esoknya selepas Subuh, umi tanya kenapa tiba-tiba ramai orang tengok video dia di Youtube. "Saya pun terkejut. Tak sangka ramai bagi sokongan. Saya gembira sebab impian umi tercapai," ujarnya lagi. Bercerita mengenai penghasilan video, Aisyah berkata dia bertanggungjawab membuat rakaman dan suntingan untuk ibunya. Antara video di Youtube Dapur Che Midah. Menurut penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Machang, Kelantan itu lagi, ibunya cukup teruja membaca setiap komen yang ditinggalkan di Youtube. Malah, dia tidak henti-henti berterima kasih atas sokongan semua pihak sehingga ada video masakannya menerima jumlah tontonan yang banyak berbanding sebelum ini. "Umi memang gembira. Kawan dia datang rumah pun bercerita lagi. Setiap komen dia baca. Hamidah gembira apabila ramai yang sudi menyokong video masakannya di Youtube. "Dulu umi pernah berniaga nasi berlauk di sebuah gerai. Tapi dah lama dah. Sekarang, dia ada buka tempahan masakan untuk majlis-majlis seperti tahlil dan sebagainya," ujarnya. Antara video masakan yang sudah dimuatnaik termasuklah resepi teresek jantung pisang, kerang masak cuka, kerabu pucuk ubi dan percik ayam goreng. Dalam pada itu, posting Aisyah mengenai ibunya di Twitter turut menerima lebih 16,200 ulang kicau (Retweet). Selain memuji resepi lauk-pauk kampung yang dikongsi Hamidah, netizen turut memberi cadangan agar dia memperbanyakkan lagi resepi pada masa akan datang.