suria

“Orang fikir saya bodoh dan tak cintakan alam” - Gadis nafi tak sayang penyu, akui ‘minum air rasa kertas’ selepas larangan guna straw plastik

Tweet Alia mengenai straw kertas dan penyu menjadi tular di laman Twitter.

NIAT mahu berjenaka, tapi ramai yang tersalah anggap dan menuduh gadis ini tidak sayangkan alam sekitar.

Begitulah yang berlaku terhadap seorang pelajar universiti, Nurul Alia Johan setelah dia memuatnaik satu tweet seolah-olah tidak peka dengan isu kepupusan penyu.

"Kat Shah Alam tak ada penyulah g***ang," tulisnya di Twitter dengan menyertakan foto minuman dengan straw kertas.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain sibuk OOTD tapi pemuda ini selfie dengan sampah, siap tegur publik tak kira pangkat - “Kalau botol plastik ni bernilai, abang dah kaya”

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas maut mata tertusuk penyedut minuman besi

Bercerita kepada mStar, gadis berusia 22 tahun itu menafikan dia seorang yang jahil dan langsung tidak sayangkan alam sekitar, sebagaimana digambarkan oleh sesetengah pihak.

Malah katanya, dia hanya berjenaka dan sama-sekali tidak menyangka ramai yang akan mengambil serius tweet berkenaan.

"Masa tu saya keluar dengan kawan. Sebelum ni pun rasa macam pernah viral isu straw ni. Jadi saya post secara suka-suka di Twitter.

Posting Alia di Twitter.

"Memang tak sangka akan blow up, sebab saya post nak melawak sahaja. Straw kertas tu OK je, cuma sebelum ni saya pernah guna, tapi air rasa kertas," ujarnya.

Mengulas persepsi segelintir netizen yang menganggap dirinya tidak peka dengan ancaman kepupusan haiwan, Alia menafikan hal itu.

Malah katanya, dia sering mengitar semula bahan-bahan plastik sebagai salah satu langkah untuk menjaga alam sekitar.

Nak marah pun tak boleh, mungkin mereka tak faham jenaka yang saya buat. Saya dah buang dalam tong sampah, kalau terlepas ke laut, itu bukan masalah saya.

NURUL ALIA JOHAN

PELAJAR

"Kelakar, takkanlah nak bunuh penyu? Ada yang kata saya tak tengok dokumentari berkaitan hal itu. Orang fikir saya bodoh dan tak cintakan alam.

"Padahal saya selalu kitar semula botol plastik, buang sampah di tong yang sepatutnya. Tapi tak adalah nak menunjuk. Saya tak ada niat nak bunuh penyu.

"Nak marah pun tak boleh, mungkin mereka tak faham jenaka yang saya buat. Saya dah buang dalam tong sampah, kalau terlepas ke laut, itu bukan masalah saya," katanya lagi.

Sehingga kini, tweet Alia menerima lebih 3,600 ulang kicau (Retweet) di platform Twitter.

Penggunaan straw plastik memberi risiko kepada hidupan laut seperti penyu.

Selain komen yang tidak bersetuju dengan kenyataan Alia, ramai netizen turut memberi cadangan agar dia menggunakan straw besi atau straw yang diperbuat daripada buluh.

"Maybe boleh tengok dokumentari dari mana sampah plastik ni semua boleh sampai laut. Kalau tak sayangkan penyu, sayangkan diri sendiri dan keturunan akan datang.

"Ya dekat Shah Alam memang tak ada penyu, tapi jika sebarang plastik dan sampah lain terjun tepi pantai dan laut, akan hanyut ke tengah laut. Tapi point yang menarik juga kenapa cup dia tak tukar kertas juga kan, plastik antara bahan yang lama hendak dileraikan.

"Tak ada penyu sekalipun kalau orang lain buang merata air laut tu bukannya tak mengalir. Stop using plastic straw," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain