suria

‘Dilema’ doktor gigi... tak selesa, kurang yakin berdepan pesakit gara-gara badan sendiri - “Sudahlah besar, cepat berpeluh”

Perbezaan ketara fizikal Dr Luqman dari 120kg kepada 80kg dalam tempoh setahun. Foto ihsan Dr Luqman Hazri

BUKAN semua yang berbadan bersaiz XL menjadi mangsa body shaming.

Sebaliknya ada segelintir daripada mereka mempunyai ‘bisikan’ dalam diri yang mendesak supaya diri diubah!

Begitulah yang dialami seorang pemuda apabila melakukan transformasi pada 2019 dengan memuatnaik dua foto dengan perbezaan saiz badan yang ketara di laman Twitter.

“Bagi saya, progres terbesar bukanlah turun berat badan tetapi mempertingkatkan kualiti dan kesihatan dalam hidup. Dari 120 kilogram (kg) kepada 80kg dalam tempoh setahun,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihujani mesej gara-gara BF material, bakal doktor gigi letak syarat mulut tak boleh berbau! – “Kalau dia tak masak, saya ada...”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar XXL confident tayang badan persis model profesional – “Kalau tak murung, bukanlah manusia”

Anak muda itu, Dr Luqman Hazri berkata, dia mengakui tidak pernah menjadi mangsa body shaming meskipun dahulu berat badannya melebihi 120kg.

Dr Luqman (kanan) ketika menyertai larian buat pertama kali.

Pemuda berusia 24 tahun itu bagaimanapun memberitahu, tiada keyakinan dalam diri gara-gara berat badannya ternyata memberi kesan yang begitu mendalam.

“Tak ada orang kutuk-kutuk pun pasal badan saya. Cuma saya sendiri yang berasa tidak selesa dengan badan saya yang besar.

“Sudahlah besar, badan cepat berpeluh lebih-lebih lagi semasa duduk. Hendak berkomunikasi dengan orang lain lagilah, terus rasa tak yakin,” katanya kepada mStar.

Dr Luqman kini selepas berjaya menurunkan berat badan 40kg.

Graduan jurusan perubatan pergigian dari Universiti Al-Azhar di Mesir ini berkata, ketidakselesaan yang paling dirasainya adalah semasa berdepan dengan pesakit.

“Bila saya duduk di kerusi semasa merawat pesakit, rasa yang sangat tak selesa. Memanglah tak ada pesakit yang mengeluh, tapi saya sendiri dapat rasakannya.

“Jadi, saya perlu lakukan sesuatu sebab bila nak merawat pesakit ni kita kena yakin dan perlu fokus,” ujar Dr Luqman yang berasal dari Kota Damansara, Selangor.

Dr Luqman terus melakukan aktiviti kecergasan selain larian.

Menurut Dr Luqman yang berketinggian 179 sentimeter itu, pada peringkat awal misi transformasinya begitu mencabar kerana dia terpaksa merajinkan diri melakukan aktiviti larian.

“Masa mula-mula tu, nak jalan keluar rumah pun dah tak larat. Baru je lari 200 meter saya patah balik. Tapi, saya cuba paksa diri berjalan atau berlari perlahan-lahan.

Masa mula-mula tu, nak jalan keluar rumah pun dah tak larat. Baru je lari 200 meter saya patah balik

DR LUQMAN

“Lagi mencabar sebab nak jaga diet. Jujurnya pemakanan saya sukar nak kawal sebab saya memang suka sangat makan makanan segera.

“Oleh itu, saya cuba seimbangkan dengan pengambilan kalori. Bila dah makan tak berapa nak kawal, kenalah lebihkan dengan senaman,” tambahnya.

Dalam tempoh setahun, anak keempat daripada tujuh beradik itu tidak menyangka berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40kg.

Walaupun semakin mendapat perhatian, Dr Luqman menjalankan tugasnya dengan profesional.

Dr Luqman berkata, dia kini lebih yakin dengan penampilan terbaharunya dan pada masa sama mengakui ramai yang mahu berkenalan dengannya termasuk pesakit.

“Memang ada pesakit nak berkenalan dengan saya. Tapi, saya mengambil sikap profesional dengan menjalankan tanggungjawab saya sebagai doktor.

“Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya jodoh saya suatu hari nanti adalah pesakit saya sendiri. Cuma, buat masa ini saya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain