KATA orang, setiap masalah yang menimpa pasti ada jalan penyelesaiannya. Golongan pelajar misalnya, mereka boleh buat kerja sambilan jika sedang mencari wang untuk menampung kos pengajian tanpa perlu meminta-minta daripada orang lain. Begitu juga dengan pelajar ini yang mana dia menolak kaedah crowdfunding ataupun meminta derma di media sosial walaupun jalan mudah dan singkat itu berkemungkinan besar berhasil kerana sikap rakyat negara ini yang prihatin. ARTIKEL BERKAITAN: Awas jangan terpedaya! Guna FB mStar kutip dana - Baby Nishka sudah tiada ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan berat siswi tahun akhir, bapa disahkan kanser, beban belanja buat gadis ini resah... “Ayah perlu minum susu 6 kali sehari” Nur Liyana Zakri, 28, sebaliknya menggunakan bakat yang dimilikinya untuk menjual biskut demi menampung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana (master) dalam bidang Kejuruteraan Kimia di sebuah universiti tempatan. Bercerita kepada mStar, dia mengakui berdepan sedikit masalah kewangan untuk membeli sebuah komputer peribadi bagi digunakan dalam pengajiannya. "Bukannya tak ada duit langsung, cuma untuk beli sebuah laptop dalam masa singkat, kena cari duit jugalah. Posting Liyana yang dikongsi di Twitter miliknya. "Saya tengah tunggu pinjaman lulus. Saya perlukan laptop tu segera, saya pun ada kelebihan buat biskut, jadi saya guna cara itu. "Tak naklah mengharap pada mak ayah. Mereka dah tua. Saya pula anak sulung, fikir adik-adik lagi," katanya. Mesra disapa Liyana, dia mengakui peka dengan trend crowdfunding yang sering menjadi tular di Twitter, namun enggan mencuba jalan singkat itu kerana mahu berusaha sendiri. Bila minta derma ni akan ada dua persepsi. Satu orang kecam, satu lagi memang orang akan tolong sebab rakyat Malaysia memang baik hati. Tapi tak seronok lah bila kena kecam. NUR LIYANA ZAKRI PELAJAR Malah kata Liyana, dia takut seandainya menerima kecaman ramai biarpun cara itu berhasil memberi wang dalam masa yang singkat. "Crowdfunding tu memang senang, tapi macam tak ada usaha. Tak nampak effort. Bila minta derma ni akan ada dua persepsi. "Satu orang kecam, satu lagi memang orang akan tolong sebab rakyat Malaysia memang baik hati. Tapi tak seronoklah bila kena kecam," ujarnya. Selain jualan biskut, Liyana turut bekerja secara sambilan sebagai tutor untuk subjek Sejarah, Biologi, Kimia dan bahasa Melayu di sekitar Putrajaya. Malah, dia juga sedang menunggu keputusan permohonan untuk bekerja di sebuah kedai serbaneka bagi menampung perbelanjaan pengajiannya. Liyana merupakan penuntut bidang Kejuruteraan Kimia. "Saya juga ada apply kerja sambilan di 7 Eleven. Kalau dapat yang tu, kiranya tiga kerja jugalah saya buat. "Buat biskut pula, bukan untuk duit je. Saya nak biskut tu ada kualiti. Untung tak banyak pun, tapi nak pelanggan dapat rasa makanan berkualiti. "Memang nak kerja dalam bidang yang saya belajar, tapi saya juga tak akan berhenti buat biskut," katanya lagi. Setakat ini, pelajar peringkat ijazah bidang Kejuruteraan Kimia itu menawarkan biskut choc chip dan almond di sekitar kawasan Kajang.