suria

“Saya dengar anda amat disukai guru-guru...” - KJ simpati nasib Maszlee, ramai menteri lain lebih layak berundur

Khairy turut bersedih dengan keputusan peletakan jawatan Maszlee.

PELETAKAN jawatan Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan terus menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Terbaharu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.

Menerusi komen pada posting Maszlee di laman Instagram, Khairy menyifatkan peletakan jawatannya sebagai keputusan sukar.

"Kamu mempunyai portfolio mencabar dalam kerajaan dan mustahil untuk melihat perubahan drastik dalam tempoh kurang dua tahun," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya dengan hati yang reda walaupun berat...” - Sah! Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan

Malah Khairy berpendapat lebih ramai menteri lain yang sepatutnya berundur.

"Saya berpendapat lebih ramai lagi menteri lain yang patut pergi. Saya dengar anda amat disukai oleh guru-guru dan memperkenalkan banyak pembaharuan bermakna.

Posting Maszlee di Instagram mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

"Saya doakan yang terbaik untuk kamu. Roda kehidupan selalu berputar. Bertabahlah," katanya.

Komen Khairy turut mendapat lebih 3,000 'like' oleh netizen.

Rata-rata netizen yang turut terkesan dengan tindakan itu bersetuju dengan komen Khairy.

"Saya ibu yang terkesan dengan berita ini. Saat ini air mata masih mengalir. I am just a housewife but I can see a lot of good changes is on going," tulis Noorfaridah.

"Dear YB Maszlee hanya jauhari mengenal manikam. You have done what you were entrusted and only fools don't recognise the effort you have made. Wishing you better things in life for you," kata Nurul.

Sementara itu, keputusan peletakan jawatan Maszlee turut mengundang sebak Cikgu Mohd Fadli Salleh.

Mohd Fadli turut meluahkan rasa sebak dengan keputusan Maszlee di Facebooknya.

Mohd Fadli menerusi postingnya di Facebook menyifatkan Maszlee antara Menteri Pendidikan terbaik yang pernah dimiliki Malaysia.

"Petang tadi (Khamis) sebenarnya aku sangat terkejut dan sedih dengan pengumuman daripada YBM tentang perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

"Dalam tempoh 20 bulan saja beliau membuat perubahan demi perubahan, mendekati ibu bapa, guru dan murid dengan cara luar biasa, cara yang belum pernah mana-mana menteri buat. Beliau sememangnya dekat di hati ramai orang sebenarnya," katanya.

Malah satu petisyen turut dilancarkan agar Maszlee terus dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan.

Petisyen itu sudah mendapat tandatangani melebihi 297,000 setakat pukul 11 pagi Jumaat.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain