suria

“Saya tak mahu bayi ini!” - Doktor terkedu, wanita tak gembira disahkan hamil kerana sudah ikat peranakan

Dr Zubaidi berkata wanita yang memakai IUCD perlu berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda kehamilan. (Gambar Hiasan).

"TAK mungkin, sebab saya guna alat perancang. Macam mana saya boleh hamil? Saya tak mahu bayi ini!"

Demikian kata seorang wanita yang terkejut selepas dia disahkan berbadan dua oleh doktor.

Keputusan ujian kehamilan itu ternyata menimbulkan rasa hairan memandangkan dia menggunakan alat pencegah kehamilan Intrauterine Device atau lebih dikenali dengan nama IUCD.

ARTIKEL BERKAITAN: Ejakulasi luar faraj belum tentu dapat cegah kehamilan - Dr Harlina

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat sekolahkan suami obses dara, isteri baru bersalin dah ajak buat ujian DNA, “Tak ada istilah koyak pun”

Kisah wanita itu dikongsikan menerusi laman Facebook oleh Dr Zubaidi Ahmad pada Isnin.

Menurut Dr Zubaidi, dia pada mulanya terkedu mendengar jawapan wanita itu dan menyangka ujian air kencing yang dibuat telah menghasilkan keputusan yang salah.

Hilang kekuatan untuk berfikir, dia kemudiannya mencadangkan agar ujian imbasan bunyi (ultrasound) dilakukan ke atas wanita itu.

Sebahagian daripada perkongsian di Facebook Dr Zubaidi.

Ujian itu sekali lagi mengesahkan bahawa wanita tersebut memang hamil.

Lebih malang, janin wanita itu berada di luar rahim manakala alat IUCD masih berada dalam rahim.

"Beliau berusaha untuk mencegah kehamilannya namun takdir Allah dia hamil juga. Saya tidak dapat melakukan apa-apa rawatan terhadap kes seperti ini.

"Saya merujukkan semula kepada hospital swasta yang memasukkan alat ini agar tindakan susulan dapat diambil.

Jika seseorang wanita itu hamil, IUCD tersebut harus dikeluarkan dengan kadar segera dan doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi memastikan tiada kehamilan luar rahim.

DR ZUBAIDI ABDULLAH

DOKTOR PERUBATAN

"Walaupun ia dianggap sebagai alat pencegah kehamilan yang agak berkesan, namun kebarangkalian untuk hamil ialah satu dalam 200 wanita setiap tahun.

"Apa yang merisaukan jika berlaku kehamilan, kemungkinan besar kehamilan berlaku di luar rahim (ectopic pregnancy)," ujarnya lagi.

Tambahnya, risiko untuk hamil juga tinggi pada tahun pertama seseorang wanita menggunakan IUCD.

Namun, kebanyakan mereka akan mengalami keguguran dengan sendiri (spontaneous abortion).

Dr Zubaidi membuat perkongsian kisah itu menerusi laman Facebook.

Malah jika tidak gugur sekalipun, ia amat berisiko untuk ibu dan bayi, khususnya selepas memasuki fasa trimester ketiga kehamilan.

"Jika seseorang wanita itu hamil, IUCD tersebut harus dikeluarkan dengan kadar segera dan doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi memastikan tiada kehamilan luar rahim. IUCD akan dikeluarkan dari rahim dengan menarik benang yang diikat pada IUCD.

"Ada juga doktor yang tidak bercadang mengeluarkan IUCD jika mendapati alat ini telah ‘terbenam’ pada uri (placenta). Jika ini berlaku, kehamilan terpaksa diteruskan tetapi risiko kelahiran pramatang mungkin berlaku.

Kata Dr Zubaidi, risiko untuk hamil juga tinggi pada tahun pertama seseorang wanita menggunakan IUCD. FOTO: Relaxnews

"Jadi bagi wanita yang hamil bersama IUCD di dalam rahim, saya nasihatkan agar mengikuti nasihat doktor sebaiknya. Pemeriksaan berkala harus dijalani," sarannya lagi.

Tambah Dr Zubaidi, wanita yang memakai IUCD juga perlu berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda kehamilan seperti tiada kedatangan darah haid enam minggu setelah tarikh hari pertama kedatangan haid bulan sebelumnya.

Ujarnya lagi, IUCD biasanya digunakan oleh wanita untuk jangka masa yang lama sekitar tiga hingga lima tahun dan biasanya diperbuat daripada plastik atau dilingkari dengan dawai tembaga.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain