suria

“Tak sedap makanan dia, hari tu dia try racun saya” - Tengku Muhammad sakat Puteri Afzan, nasib baik adiknya ‘cool’ je

Tengku Muhammad menyakat Tengku Puteri Afzan menerusi siaran live di Instagramnya.

UMUM mengetahui Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al- Sultan Abdullah gemar memasak dan mewarisi bakat itu daripada ibundanya, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Namun gelagat abangnya, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah menyakat Puteri Afzan tentang bakat memasak adiknya itu mencuit hati netizen.

Video gurauan adik-beradik itu mendapat lebih 260,000 kali tontonan di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pandai senyum pun, bukan jeling je,” kata Puteri Afzan... siap bagi gambar bukti!

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Tengku Hassanal...ramai gadis sanggup cuba durian, belajar masak patin tempoyak penuhi ciri menantu pilihan Tunku Azizah

Video yang dirakam secara live di Instagram itu menunjukkan Tengku Muhammad menjawab pertanyaan netizen mengenai apa makanan paling sedap yang dimasak Tengku Puteri Afzan.

Tweet seorang netizen yang berkongsi video Tengku Muhammad menyakat Puteri Afzan menjadi tular di Twitter.

"Tak sedap makanan dia. Haritu dia try racun saya. Eh," jawabnya ringkas.

Namun video itu turut diulang kicau semula Tengku Puteri Afzan dengan kapsyen "Takpe. Dugaan seorang adik".

Tweet Tengku Puteri Afzan itu mendapat perhatian netizen dengan rata-rata berkongsi nasib sama seperti dialaminya.

"Samalah macam my bro... cakap tak sedap tapi makan licin jer. Tinggi dia punya ego untuk cakap yang saya masak sedap," kata Wawa.

"Abang aku 'sebijik' perangai macam ni tapi licin juga siap tambah. Pastu aku perli la belum tentu awek dia masak sesedap aku pastu emo orang kutuk awek dia," tulis Matahari.

Tunku Azizah pernah memuji masakan Tengku Puteri Afzan di Twitternya.

"Definisi adik-beradik. Kata tak sedap, tapi makan licin. Haihhh sabar jelah," kata Nazura.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut menggesa Tengku Puteri Afzan supaya bertabah dengan usikan abangnya itu.

"Bertabahlah Tengku," kata Amira.

Takpe. Dugaan seorang adik.

PUTERI AFZAN

"Hahaha normallah tu. Lelaki kan ego. Sedap pun dia kata tak sedap. Trylah masak, mesti habis punya. I know because i also do the same with my sister. Hahaha," kata seorang netizen.

"Actually adik lelaki memang macam tu. Suka nak mengusik si kakak. Tapi satu lagi fakta adik ka abang ka terpaksa mengaku kata masakan yang adik @ kakak dia masak sedap sebab nak jaga hati. Kalau kata tak sedap, nanti depa tak nak masak dah untuk kita," kata Mohd Nasiruddin.

Tengku Puteri Afzan sering berkongsi masakannya di Twitter.

Tengku Muhammad merupakan Tengku Arif Bendahara Pahang.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain