suria

Tengah cabut rumput, lelaki ini berdebar ada ‘sesuatu’ dalam botol kuning tertanam di kubur bapanya - “Saya fikir mungkin itu cuma sampah”

Iewan kongsi pengalaman terjumpa botol misteri tertanam di pusara bapa sewaktu menziarah dengan adik beradiknya.

"DENGAN hati berdebar-debar, nak tengok juga. Tapi tak jelas sebab ada pasir."

Demikian pengalaman seorang pelayar Twitter, Iewan Lopez apabila menemukan sebuah botol kecil misteri yang tertanam di sebalik pusara bapanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sebak lihat keriangan anak kecil ini main pasir kubur ibu bapanya... enggan pulang - “Belum sempat apa-apa, Arfan terus panggil bu bu bu”

Posting itu tular di laman Twitter sehingga meraih lebih dari 5,000 ulang kicau dan tanda suka. 

Rata-rata netizen menyarankan Iewan Lopez supaya tidak membuka botol berkenaan kerana dikhuatiri ia ada kaitan dengan ilmu hitam. 

"Bro, jangan buka botol tu! Serious jangan buka.

Perkongsian Iewan menceritakan detik cemasnya sewaktu terjumpa botol misteri yang tertanam di kubur abahnya, tular di laman sosial Twitter. 

"Nampak tandanya seperti amalan sihir, untuk tujuan apa wallahualam. Bila jumpa gulungan atau ikatan kain atau botol di dalamnya ada apa-apa jangan buka. Baca ayat Kursi dan buang ke sungai. Hati-hati sihir takkan stop walaupun zaman teknologi maju tahun 3030 pun. 

"Ni memang benda something to do with ghaib. Kain warna hitam merah kuning. Seek for any advise from orang pakar takut jadi apa-apa pula," komen beberapa netizen.

Cumanya, saya tak nak fitnah mana-mana pihak yang cuba tanam botol kecil tu dekat kubur abah saya. Saya anggap mungkin itu semua kebetulan.

IEWAN 

Berkongsi cerita dengan mStar, Ridhzuan atau lebih mesra dipanggil Iewan terjumpa botol kecil berisi balutan kain putih yang ditanam di pusara bapanya. 

Kata Iewan, sewaktu dia dan adik beradiknya menziarahi kubur arwah ibu bapa mereka di Tanah Perkuburan Lipat Kajang, Klang, Selangor, kakaknya ternampak sebuah botol seolah-olah mengandungi sesuatu tertanam di pusara bapanya. 

Iewan mendapati ada balutan kain putih di dalam botol misteri berkenaan.

"Masa tu saya tengah ziarah kubur arwah abah dan mak. Biasalah, kalau kita ziarah kubur mestilah kita kemas dan cabut rumput. 

"Masa tengah bersihkan kubur arwah abah tu, tiba-tiba kakak saya cakap 'eh ada botol' tapi waktu tu saya memang tak fikir apa, sebab dulu tempat perkuburan tu adalah tempat pelupusan sampah, so saya fikir mungkin itu cuma sampah," katanya. 

Bagaimanapun, apabila kakaknya memberitahu ada sesuatu di dalam botol berkenaan, ia sekali gus menyebabkan dia rasa tak puas hati.

"Rasa nak tengok juga. Tapi tak jelas sebab ada pasir. 

"Saya pun cuci. Sekali bila tengok, clear sangat. Ada kain putih berbalut dalam botol. Saya pun terus baca ayat Kursi dan selawat, then saya buang di kawasan perkuburan itu," katanya mengenai botol berpenutup kuning dan berisi kain putih itu.

Iewan tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang mempunyai niat buruk terhadap keluarganya.

Iewan menjelaskan, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang ingin menggunakan ilmu hitam ke atas keluarganya, malah menganggap kejadian tersebut sebagai satu kebetulan. 

"Cumanya, saya tak nak fitnah mana-mana pihak yang cuba tanam botol kecil tu dekat kubur abah saya. Saya anggap mungkin itu semua kebetulan," ujarnya. 

Iewan yang juga merupakan adik kepada selebriti Rahim (Sepahtu) meluahkan rasa syukur kerana tiada insiden pelik berlaku kepadanya selepas penemuan botol itu. 

"Alhamdulillah, setakat ni tak ada apa-apa insiden pelik yang berlaku pada saya," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
botol, sihir

Artikel Lain