TAHUN 2020 baru sahaja membuka tirainya dan ia seharusnya menjadi permulaan hidup baharu yang lebih baik, tetapi mungkin tidak bagi wanita ini. Kerana terlalu percayakan seorang gadis yang dianggap seperti adik kandung, wanita itu tidak menyangka gadis berkenaan tergamak menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya sendiri. Pendedahan tersebut diluah oleh wanita berkenaan di halaman Facebook pada pagi Rabu sehingga tular. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri! ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada anak jadi alasan, tapi suami elak periksa kesuburan... “Hancur hati tengok dia curang dengan budak muda” ARTIKEL BERKAITAN: Suami tolak kejutan tiket bola isteri hidap kanser, kantoi buat ‘OT’ di stadium dengan ex-gf, siap check in - “Kalau saya dah tak ada, dia boleh jadi mak tiri anak kita” “Kebahagiaan saya hari ni musnah kerana terlampau percayakan orang yang sangat rapat dengan saya. “Setiap kali menemani suami ke kelas marketing di Kuala Lumpur, saya kesian melihat dia keseorangan dan tak ada kawan. Saya cuba untuk mendekati dia dan berkawan dengannya. Hanna menganggap usahawan itu seperti adiknya sendiri. “Atas alasan simpati itu jugalah, dia mengambil kesempatan terhadap kebaikan saya... tanpa saya sedar, di belakang saya dia bercinta dengan suami saya,” katanya menerusi posting yang tular sehingga dikongsi lebih 37,000 kali. Bercakap kepada mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hanna itu mendakwa, gadis yang merupakan usahawan kuih bulan itu menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya sejak 2018. Ibu kepada tiga anak yang berusia 34 tahun itu memberitahu, dia menyedari kecurangan suaminya dengan gadis yang dianggap adik sendiri itu menerusi mesej-mesej di laman Facebook. “Mereka mesej bersayang-sayang di Facebook, tapi saya dapat tahu mereka dah menjalinkan hubungan semasa saya mengandung anak ketiga lagi. Jadi, bulan November lalu saya hubungi dia tanya kenapa dia buat macam tu, selama ni saya sayang dia macam adik. “Saya kemudian minta dia untuk hormat saya dan jangan ganggu suami saya lagi demi anak-anak kami. Masa tu, saya ingatkan dia faham,” katanya ketika dihubungi. Luahan kesedihan seorang wanita mengenai nasib yang menimpa keluarganya. Hanna berkata, usahawan berusia 23 tahun itu bertemu semula dengan suaminya semasa mereka sama-sama menunaikan umrah di Arab Saudi, pada Disember lalu. “Kami sebelum ini dah tempah awal untuk rombongan bagi menunaikan umrah. Dia pergi dengan keluarga dia, dan saya dengan suami saya. “Kebetulan hari ulang tahun dia semasa dalam tempoh umrah, dan tak sangka suami saya sambut birthday dia di Madinah. Saya dapat tahu pasal ni pun daripada mutawif. “Bila saya tanya suami, dia kata bukan mereka berdua saja masa sambut tu tapi ada sekali dengan ustaz yang sama-sama dalam rombongan. “Soalnya, kenapa dia masih nak jumpa suami saya? Sambut birthday di Madinah pula tu,” kata jurusolek artis (MUA) itu dengan nada kesal. Usahawan itu bergambar mesra bersama suami Hanna. Malah, menurut Hanna, ketika di Madinah, dia pernah diajukan soalan oleh seorang ustaz sama ada sudi bermadu bagi memberi ‘lampu hijau’ kepada suaminya berkahwin lain. “Ustaz tanya sudikah saya bermadu? Saya kata tak sudi bermadu, saya sanggup balik Malaysia dan failkan penceraian. Saya juga tanya gadis tu sama ada masih ada hati dengan suami saya, tapi dia tak boleh jawab,” katanya sambil menambah dia telah berkahwin dengan suaminya selama lebih 11 tahun. Saya kata tak sudi bermadu, saya sanggup balik Malaysia dan failkan penceraian. Saya tanya dia sama ada masih ada hati dengan suami saya, tapi dia tak boleh jawab. HANNA Isteri malang yang berasal dari Kuala Terengganu itu kemudian menerima berita mengejutkan yang mendakwa suaminya bernikah dengan usahawan itu di sempadan Thailand, Isnin lalu. “Dia ada balik sekejap hari tu, dan saya bertanya betul ke dia bernikah dengan perempuan tu. Tapi dia menafikannya, keluar rumah dan tak balik malam tu. “Entahlah, hati saya sakit dan sedih. Saya dalam pertimbangan untuk menfailkan penceraian sebab saya dah kata dari awal tak mahu hidup bermadu. “Tak sanggup lagi hidup macam ni, lebih-lebih lagi madu tu dengan orang yang saya selama ni anggap seperti adik sendiri,” ujarnya. Luahan dan penjelasan usahawan berkenaan susulan pendedahan Hanna. Menerusi aplikasi Instagram story usahawan kuih bulan itu pada Rabu menjelaskan dia berada di sebuah universiti tempatan sepanjang hari pada hari berkenaan. “Mereka hina aku, it’s ok... aku ingat dan aku percaya dengan satu nasihat ni... ‘sekiranya ada di antara kamu sedang membuka aib sendiri mahupun aib kamu, maka tetapkan pendirian untuk terus menjaga aib mereka. “Semua ini tak kan terjadi tanpa bersebab. I will still care both of you and will keep all of our secret. 6 Januari aku sepanjang hari dekat UIAM, anak saudara aku masuk kecemasan hingga hari ini,” katanya tanpa merujuk mana-mana pihak.