suria

Minta Twitterians tentukan jodoh, gadis ini terus dapat sakit misteri... setahun ‘sorok’ perkahwinan bimbang suami kena tempias - “Masuk waktu senja, saya akan mengeras”

Bazilah akhirnya membuka mulut mengenai perkahwinan mereka yang kini berusia lebih setahun.

GADIS ini pernah tular dan dikecam netizen gara-gara menjadikan jumlah 'retweet' sebagai ukuran untuk mendirikan rumah tangga pada 15 Oktober 2018.

Namun pada Jumaat lalu, gadis tersebut, Bazilah Mohammad menerusi satu perkongsian di Twitter mendedahkan dia sebenarnya sudah berkahwin dengan jejaka yang hanya dikenali selama tiga minggu saja, dua bulan selepas tweetnya itu tular.

"5k retweet aku kahwin dengan kawan baik aku tulah retweet yang tular tahun lepas dan tahun lepas lagi sebenarnya aku kahwin lepas je tular tu kitaorang bercadang nak kahwin even kenal baru 3 weeks! and "Ya" now he's my husband," demikian tulis gadis berasal dari Machang, Kelantan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh di tangan Twitterians: “Memang nak kahwin, dapat banyak ‘retweet’ terus semangat cari tarikh”

Malah Bazilah turut berkongsi video selepas dia dan suaminya, Muhammad Asyraf Zulkifli disatukan sebagai suami isteri yang mendapat lebih 70,000 tontonan di Twitter.

Wanita berusia 21 tahun itu berkata dia terpaksa merahsiakan perkahwinannya itu kerana diserang penyakit misteri sewaktu menuntut di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.

Bazilah dan suaminya selamat diijab kabul pada 14 Disember 2018.

"Masa saya tweet dulu tu saya sakit kena buatan orang. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja yang tahu memandangkan orang yang sihir saya tu tak suka tengok saya senang.

"Jadi saya rahsiakan perkahwinan saya takut apa-apa jadi dekat keluarga saya. Yalah masa tu saya dapat bayangkan kalau orang tu tahu saya ada suami, saya bimbang suami pun akan kena sekali.

"Lagipun saya senyap masa tu sebab saya belum ada pengikut lagi di Instagram, Twitter dan YouTube. Memandangkan sekarang followers saya dah lebih setengah juta, jadi sudah tiba masanya untuk beritahu berita baik ini," katanya kepada mStar.

Bazilah bagaimanapun terharu dengan pengorbanan suaminya yang bersengkang mata menjaganya sepanjang dia sakit tahun lalu.

"Suami jaga saya sepanjang tempoh empat ke lima bulan saya sakit. Sakit saya dulu agak teruk. Masuk waktu Maghrib atau senja, saya akan mengeras atau diam dan tak boleh bangun.

Kisah Bazilah pernah dikeluarkan mStar pada 20 Oktober lalu.

"Muka saya juga pucat, buruk dan timbul jerawat bintik-bintik. Kadang akan keluar urat hijau kat dahi atas mata. Saya hanya cover dengan make up dan sangat malu. Kawan saya jadi benci tengok saya. Saya kehilangan ramai kawan masa belajar.

"Tapi suami tak pernah sedikit pun merungut. Dia juga tak pernah marah saya kalau tak kemas rumah dan tak masak. Saya jadi nak marah bila tengok suami. Allah je tahu keadaan saya masa tu," katanya.

Meskipun hanya mengenali suaminya dalam tempoh singkat, Bazilah bersyukur kerana dikurniakan seorang lelaki yang penyayang.

Dari situlah saya kenal siapa suami saya. Walaupun dia sentiasa blur, muka sengih je kalau saya cakap apa pun tapi dialah suami terbaik saya. Dan kini Allah datangkan rezeki yang besar iaitu malaikat kecil selepas lapan bulan kami berkahwin.

BAZILAH MOHAMMAD.

Instafamous.

"Lepas kahwin ya saya ingat suami taklah sweet sebab saya memang belum kenal siapa dia. Jadi saya takut jugalah tapi apa yang saya teka luar dari jangkaan. Saya dapat suami yang lemah lembut dan tak pernah meninggi suara.

"Paling saya terharu bila hari-hari saya mengamuk dia peluk dan baca surah setiap hari sampailah saya tidur lena. Pengorbanan dia hanya Allah yang tahu sehinggalah masa tu rezeki saya dalam media sosial.

"Masa mula-mula naik tu saya sakit balik. Mata jadi merah, kadang-kadang lepas Maghrib saya terus tak dapat bangun. Tapi suami yang bawa saya shooting tolong saya buat review barang dan deal dengan orang," katanya.

Bazilah bersyukur kerana dipertemukan dengan suami yang penyayang dan ambil berat tentang dirinya.

Selepas pulih daripada penyakit misteri dialaminya, Bazilah kecewa apabila doktor memberitahu dia adalah masalah dalam rahim.

"Lepas saya sakit tu saya tak datang haid banyak kali. Ada datang dua bulan sekali, tiga bulan sekali. Bila check doktor dia beritahu saya susah nak dapat anak sebab ada masalah dengan rahim.

"Kemungkinan saya tak dapat anak. Luruh jiwa saya dan suami masa tu. Tapi saya tak pernah putus berdoa. Saya tahu Allah adalah segalanya. Kalau dia nak bagi memang dia akan bagi zuriat pada saya dan suami.

"Dari situlah saya kenal siapa suami saya. Walaupun dia sentiasa blur, muka sengih je kalau saya cakap apa pun tapi dialah suami terbaik saya. Dan kini Allah datangkan rezeki yang besar iaitu malaikat kecil selepas lapan bulan kami berkahwin," kata Bazilah yang masih belum pulih sepenuhnya daripada penyakit misteri dialaminya.

Antara komen netizen pada posting Bazilah.

Rata-rata netizen turut terkejut dengan pendedahan Bazilah dan mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka itu.

"Asal aku baru tahu," tulis Aisyah.

"Tahniah Ilah. Selama ni ingat gewe jah sekali dapat tahu nikoh doh eh. Haha," kata Snhlindaa.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Bazilah, penyakit misteri, kahwin, retweet

Artikel Lain