suria

Masjid ‘sejengkal’ je, celah rak buku yang dipilih! Pelajar UIA dikecam, beri hujah kenapa solat di perpustakaan - “Tak ada niat cari publisiti”

Perkongsian mengenai Amirah yang bersembahyang di ruangan perpustakaan tular di laman sosial.

SEMBAHYANG pun kena kecam! Itulah nasib seorang siswi yang dikritik kerana menunaikan solat di tempat terbuka, iaitu di celahan rak buku dalam perpustakaan di pusat pengajiannya. 

Posting mengenai kisah ini tular apabila seorang pelayar Twitter yang juga merupakan rakan kepada pelajar tersebut memuatnaik fotonya ketika sedang beribadat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis solat atas rumput tepi jalan, uncle Cina bawa Grab sanggup tunggu, “Kereta dia bersih, wangi... macam hatinya sebab respek kami”

Sehingga kini, posting itu meraih lebih dari 360 ulang kicau dan 790 tanda suka. 

Ada yang memuji sikap wanita itu kerana tidak meninggalkan solat walaupun sibuk belajar, tetapi ada yang mempersoalkan tentang tempat solat yang dipilihnya yang merupakan kawasan pengunjung lalu lalang. 

Perkongsian pelayar Twitter mengenai rakannya yang solat di perpustakaan tular di laman sosial.

"Saya rasa tak ada isu pun sebenarnya solat di sini. Asalkan you solat dan you tak study sampai lupa kewajipan. Kalau kita pergi oversea pun especially negara bukan Islam, kita solat merata juga. Solat atas tar, solat tepi kereta. Islam itu mudah ya," seorang netizen memberi pandangannya.

"Rasanya ada dalil kata tak bagus solat di tempat laluan. Wallahualam. Mohon ada pencerahan," komen seorang lagi pengguna.

"UIA kan. Masjid sebelah je sis. Literally sebelah. Tapi saya bersangka baik. Mungkin sis ada masalah nak bergerak ke masjid, tapi sis solat okay ni. Mungkin masjid tutup, tak masjid UIA tak pernah tutup. Tak masalahnya, masjid sejengkal je sis!" komen beberapa netizen. 

Berkongsi cerita dengan mStar, Amirah Razak memberitahu dia menghormati komen netizen dalam memberikan pendapat terhadap posting tular itu.

Mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini bagaimanapun berkata, selagi seseorang hamba itu yakin tempat solat itu bersih dan bebas dari laluan orang ramai, maka sah atau tidak solat itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Mungkin kita sama-sama umat Islam, dan pendapat lain-lain, tetapi selagi kita yakin tempat yang kita pilih untuk solat itu bersih dan tak menghalang laluan, saya rasa itu tak menjadi masalah.

AMIRAH RAZAK

Menurut Amirah dia tidak berniat untuk mencari publisiti dengan solat di tempat terbuka dan ia berlaku kerana jarak waktu antara Asar dan Maghrib yang pendek, menyebabkan dia terpaksa solat di situ. 

"Saya hormati pandangan mahupun perspektif masing-masing yang tidak bersetuju dengan tindakan saya solat di perpustakaan.  

"Mungkin kita sama-sama umat Islam dan pendapat lain-lain, tetapi selagi kita yakin tempat solat itu bersih dan tak menghalang laluan, saya rasa itu tak menjadi masalah.

"Bukannya saya tahu gambar saya solat ni akan tular, sebab kawan saya yang ambil. Ada orang cakap, kawasan saya solat tu tempat laluan orang sebab ia di antara rak buku, tapi masa saya solat perpustakaan itu lengang dan kurang orang. Tak ada niat untuk cari publisiti," katanya.  

Amirah berpendapat selagi tempat yang dipilih untuk solat itu bersih dan bebas laluan orang ramai, ia tidak menjadi masalah.

Pelajar kelahiran Selangor ini turut menjelaskan dia memilih lokasi tersebut untuk solat adalah kerana berasa malu dengan ramai pelajar lelaki yang sedang berkumpul di sebuah tempat bertutup yang ada di situ.

Tambahnya, sibuk belajar untuk peperiksaan akhir juga antara sebab dia mengambil keputusan untuk solat di celah-celah rak buku di perpustakaan tersebut, bukannya di masjid. 

"Perpustakaan universiti kami memang tak ada ruangan solat, tapi ada leisure room  dan ia boleh dikatakan sedikit tertutup, sesuailah nak sembahyang.  

"Cuma pada ketika itu pelajar-pelajar lelaki tengah berkumpul kat sana, jadi saya malu untuk solat di situ. Lagipun, saya pasti tak ada orang lalu lalang dekat rak buku yang saya solat sebab waktu itu tengah lengang.

"Bukannya saya tak mahu ke masjid, tapi saya tengah buat persediaan untuk kertas final exam. Jadi, dari pagi saya kat library tu... Zohor saya solat di masjid. Cuma waktu Asar, saya solat di sana," ujarnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
solat, perpustakaan, masjid

Artikel Lain