suria

Anak, bapa sama-sama bagus! Ramai kagum tengok lelaki dukung bayi sewaktu siaran langsung solat Jumaat - “Sampaikan salam aku kat dia ya”

Ramai netizen memuji sikap kebapaan lelaki ini. Kredit: FB Shareen Omar.

"KITA tak ada dalam situasi tu, kita sendiri tak tahu."

Demikian antara komen netizen susulan tularnya foto seorang lelaki sedang mendukung bayi, dipercayai anaknya sewaktu siaran langsung solat Jumaat di saluran TV1.

Ia mula menjadi tular setelah dikongsi menerusi laman Facebook Shareen Omar sehingga menerima lebih 2,100 perkongsian.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis solat atas rumput tepi jalan, uncle Cina bawa Grab sanggup tunggu, “Kereta dia bersih, wangi... macam hatinya sebab respek kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga terkejut budak nakal, kaki buli menangis sebab solat... keluarga pun kena sound “tak nak sembahyang ke?”

"Solat Jumaat kat TV tadi, terperasan brother ni gendong anak dia semasa solat Jumaat.

"Alhamdulillah. Terbaik la brother ni. Siapa-siapa yang kenal dia, sampaikan salam aku kat dia ya.

Antara foto yang menjadi tular di Facebook.

"Cakap kat dia, tahniah sebab berjaya dunia dan akhirat. Dia patut dijadikan contoh wei," tulis pengendali Facebook itu.

Dalam pada itu, posting berkenaan turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Selain memuji sikap kebapaan lelaki itu, ramai juga yang tertanya-tanya kisah di sebalik foto tersebut sehingga menyebabkan dia terpaksa membawa bayi itu ke masjid bersamanya.

Cakap kat dia, tahniah sebab berjaya dunia dan akhirat. Dia patut dijadikan contoh wei.

SHAREEN OMAR

PELAYAR FACEBOOK

"Allah bagusnya. Eh macam sebak pula rasa. Ni kan ramai cari tanya, kot bapa tunggal.

"Bagusnya. Tak ada alasan tak boleh solat sebab anak tiada siapa jaga. Pesanan untuk diri sendiri juga.

Lagi foto yang dikongsikan di Facebook.

"Tadi saya pun ada tengok kat TV. Anak dia bagus sangat. Diam je tak kacau ayah solat. Semoga jadi anak soleh nanti baby.

"Sah atau tidak itu urusan dia dengan Allah. Yang penting dia ade effort untuk tunaikan kewajipan," tulis beberapa netizen.

Selain Facebook, foto itu tular ditularkan di laman Twitter.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
solat jumaat, dukung, bayi, anak

Artikel Lain