TANPA mempedulikan orang lain di sekitarnya, seorang pelajar sanggup berhenti sebentar di kaki lima sekolah semata-mata mahu membetulkan pakaian seragam adik lelakinya. Dari tali leher sehingga baju kemeja putih, si abang yang duduk di bangku tekun memastikan pemakaian adiknya tampak kemas untuk memulakan persekolahan sesi petang. Rakaman video kemesraan dua beradik itu dikongsi menerusi aplikasi Instagram Story milik seorang guru sehingga menjadi tular. ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hadiah buat adik-adik, tapi abang yang sebak “Tak pernah meminta-minta, tapi saya tahu mereka teringin” ARTIKEL BERKAITAN: Abang lupakan kereta idaman, adik jual motor... 2 anak KL cari rezeki di Pantai Timur - “Dulu kerja orang jantan sekarang perah santan” Guru berkenaan, Shafrinah Omar Baki berkata, rakaman tersebut melibatkan pelajarnya, Ahmad Zairul Abdul Bis bersama adiknya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Panglima Jakarullah di Semporna, Sabah. Hubungan akrab dua beradik. Ketika itu dia baru selesai mengajar kelas Ahmad Zairul yang merupakan pelajar tingkatan lima diikuti kelas terakhir sesi pagi persekolahan, pada Rabu. “Lepas habis kelas yang saya ajar, dari jauh saya nampak Zairul bertembung dengan adiknya di kaki lima dekat bilik kaunseling sebelum dia hendak ke kelas terakhir. Zairul pakai baju sukan sebab ada kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hari tu. “Dia tiba-tiba berhenti sekejap dan betulkan pakaian adiknya yang merupakan pelajar tingkatan satu yang hendak masuk sesi persekolahan bagi sesi petang. “Saya secara spontan rakam aksi mereka sebab pertama kali nampak Zairul tunjuk ciri-cirinya sebagai abang yang penyayang,” ujar guru Pendidikan Seni Visual berusia 30-an itu kepada mStar. Zairul (kiri) bersama rakan-rakannya di sekolah. Shafrinah berkata, apa yang dilakukan oleh Zairul terhadap adiknya yang merupakan pelajar baharu di sekolah itu mirip seperti yang dilakukan guru-guru bagi program Guru Penyayang yang mana guru menyambut murid di pintu sekolah. “Program Guru Penyayang ini menunjukkan kasih sayang seorang guru bertugas yang menerima kehadiran para pelajar setiap hari. Ia termasuk membetulkan pakaian seragam mereka supaya tampak kemas. “Bila saya tengok Zairul buat macam tu kat adik dia, saya sebak sebab nampak program Guru Penyayang ni ada beri impak yang positif kepada pelajar,” katanya sambil menambah bahawa Zairul merupakan pelajar aliran sastera. Sebahagian daripada suasana program harian Guru Penyayang di SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah. Mengenali Zairul sebagai pelajarnya sejak setahun lalu, dia menyifatkan remaja berusia 17 tahun itu baik dan suka membantu. “Zairul ni memang suka tolong guru-guru. Tolong angkat buku cikgulah, tolong macam-macam lagi. Seperti semalam, dia tolong guru di bilik kaunseling yang terletak berhadapan dengan kelas saya. Bila saya tengok Zairul buat macam tu kat adik dia, saya sebak sebab nampak program Guru Penyayang ni ada beri impak yang positif kepada pelajar. SHAFRINAH “Bilik kaunseling sedang melalui kerja-kerja pengubahsuaian dan Zairul datang sendiri nak tolong guru lain alihkan almari dan susun atur perabot,” katanya. Shafrinah yang menceburi bidang perguruan sejak 12 tahun lalu turut menganggap Zairul sebagai penyeri di kelas selain disenangi pelajar-pelajar lain dan guru-guru. Shafrina (hadapan, tengah) bersama para pelajarnya sempena hari merentas desa. Zairul (empat dari kanan). “Nakal bagi usia remaja seperti Zairul adalah perkara biasa. Tapi dia baik, dan suka mengusik rakan-rakan dan guru dengan cara yang menghiburkan. “Kalau Zairul tak ada dalam kelas sebab tak hadir ke sekolah mungkin kerana sakit, kelas saya memang sunyi. Tak ada Zairul, kelas saya tak meriah... dia seperti penghibur,” katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jan 16, 2020 at 8:42pm PST