"BADAN selalu gatal-gatal sampai sekarang, kadang-kadang tiba-tiba naik tompok hitam kat pipi." Itulah yang dialami seorang gadis berusia 21 tahun gara-gara sering berkongsi gambarnya di media sosial sejak sekolah menengah. Gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Ardelle bercerita pengalaman yang dilaluinya akibat sering memuatnaik gambar di Instagram dan WhatsApp Stories dalam satu bebenang di Twitternya. ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula misteri tapi ending kisah 'penjaga' rumah halau benda tak baik guna penyapu lain macam - “Esoknya jadi botak... tak tahu nak gelak ke seram” ARTIKEL BERKAITAN: Suara misteri nyanyi ‘berduet’ ketika lalu selekoh kubur, dua sahabat terus balik rumah... tak jadi makan tongkeng ayam Dalam posting itu, Ardelle turut berkongsi video seorang gadis sedang berselfie sebagaimana pernah dilakukannya sebelum ini. Posting itu mendapat lebih 32,000 ulang kicau dan 27,900 tanda suka. Menurut Ardelle, dia pelik kerana badannya selalu gatal-gatal selain sering jatuh sakit secara tiba-tiba semenjak aktif di media sosial ketika dia sekolah menengah. Posting Ardelle tular di Twitter. "Penyakit gatal tu jadi dari saya sekolah menengah sampailah saya masuk Matrik (Kolej Matrikulasi). Bila jumpa doktor, doktor cakap gatal biasa... jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan. "Tapi yang peliknya bila sapu ubat sepanjang tempoh tu memang tak kurang. Gatal makin teruk hingga tinggal parut kekal sampai sekarang," katanya kepada mStar. Gadis berasal dari Rawang, Selangor ini bagaimanapun terkejut apabila diberitahu rakan tempat kerja secara sambilannya bahawa ada sesuatu tidak kena dengan dirinya. "Mula-mula tu tak adalah syak penyakit misteri cuma saya rasa macam benda tu normal. Sehinggalah selepas habis Matrik saya kerja dekat satu butik. "Di situ saya jumpa kawan saya dari Indonesia. Tiba-tiba dia kata kat saya, awak ni ada benda ni. Saya pun syak ada betul apa yang dia cakap tu," katanya. Bimbang dengan apa yang diperkatakan rakannya itu, Ardelle pun memaklumkan perkara itu kepada ibu dan kakaknya. "Lepas tu mak saya bawa pergi jumpa ustazah. Ustazah beritahu saya terkena penyakit 'ain' (mata). Jadi dia minta saya kurangkan main media sosial. Ardelle mendedahkan dia aktif di media sosial sejak berusia belasan tahun. "Dia juga minta saya jangan terlalu lantang bersuara dan kurangkan post gambar sebab tak semua orang suka kita. "Sejak dari tu saya kurangkan skit tweet dan post. Tapi gatal-gatal tu masih ada lagi sampai sekarang," katanya. Menurut Ardelle sebagaimana yang dimaklumkan oleh ustazah berkenaan, penyakit ain boleh berlaku disebabkan oleh pandangan mata orang lain yang disertai sifat hasad dengki atau iri hati. Memetik pandangan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari bahawa: "Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya." Tapi yang peliknya bila sapu ubat sepanjang tempoh tu memang tak kurang. Gatal makin teruk hingga tinggal parut kekal sampai sekarang. ARDELLE PELAJAR IPTA Malah penuntut di sebuah universiti tempatan itu turut mengakui kurang yakin dengan dirinya disebabkan parut kekal kesan gatal-gatal dialaminya. "Kadang-kadang tiba-tiba naik tompok hitam kat pipi. Tapi tompok tu akan naik sendiri dan hilang sendiri. Memang misteri. "Ada masa tu malu jugalah nak jumpa orang sebab bila salam pun nampak parut kekal. Benda tu buat saya rasa insecure dengan diri sendiri," katanya. Komen netizen pada posting Ardelle. Ardelle berkata dia berkongsi pengalamannya supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati semasa membuat perkongsian di media sosial. "Saya sekadar mahu memberi nasihat sebab dah terkena dekat diri sendiri. Sudah lumrah wanita mahu tunjuk kecantikan. Tapi sentiasa beringat sebab takkan ada semua orang suka apa kita buat. "Jadi sentiasa bersederhana bila post gambar, post selfie... jangan terlalu bangga diri sebab akhirnya benda tu akan memakan diri kita semula," katanya.