suria

“Tudung terbang don't care” - Maisarah comel terus jadi kesayangan ramai, guru jawab tuduhan pilih kasih selalu update perkembangannya

Perkongsian seorang guru tular menyaksikan dia sedang memberikan semangat kepada anak muridnya yang mahu melakukan lompatan.

"COME on Sarah, semangat Malaysia, come on". 

Demikian dialog seorang guru yang memberi sorakan semangat kepada anak muridnya yang mahu melompat tinggi sewaktu subjek Pendidikan Jasmani. 

Video berdurasi 56 saat itu tular di Twitter menunjukkan seorang guru memberikan kata-kata semangat kepada budak perempuan kelas Pendidikan Khas yang sedang melompat tinggi dengan fizikal dan mimik mukanya yang comel.

ARTIKEL BERKAITAN: “Eeii comel pulak dia ni” - Jadi kesayangan ramai, siapa sebenarnya Maisarah? Ibu sendiri pun mengaku selalu rindu anak istimewanya

ARTIKEL BERKAITAN: Siap sambut tangan guru nak langkah longkang, telatah pelajar comel ini curi tumpuan – “Dia pernah jadi atlet sekolah acara 4x100 meter!”

Sehingga kini, perkongsian guru Pendidikan Khas berkenaan, Muhammad Fazri Hassan di laman Twitter meraih lebih 270,000 tontonan, 12,000 ulang kicau dan 18,000 tanda suka.  

Gelagat kanak-kanak yang dikenali sebagai Maisarah Ilham itu mencuit hati netizen terutama ketika tudungnya menutup mukanya yang comel ketika melakukan lompatan.

Gelagat Maisarah mencuit hati netizen.

"Serius berdekah juga. Plus comel tudung terbang pun don't care. 

"Pipi tu pipi. Geram pulak aku. 

"Comelnya Sarah! Go Sarah go! Terima kasih Fazri dan guru-guru lain sebab pupuk kanak-kanak ni," komen beberapa netizen di Twitter. 

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Fazri guru kepada Maisarah yang merakam gelagat anak muridnya itu tidak terkejut video tersebut akan mendapat perhatian netizen. 

"Sebenarnya, saya tak berapa terkejut. Sebab masa tahun lalu pun bila upload je video Sarah ramai yang tonton, sebab suka tengok dia. 

Sebenarnya, saya tak berapa terkejut. Sebab masa tahun lalu pun bila upload je video Sarah ramai yang tonton, sebab suka tengok dia.

MUHAMMAD FAZRI HASSAN

GURU PENDIDIKAN KHAS

"Lagipun, Sarah ada Instagram sendiri, dia rajin upload gambar-gambar dia belajar atau dengan ibu bapa dia. Kakak sepupu dia yang handle akaun tu. Ramai netizen kat luar sana follow Instagram Sarah sebab suka tengok gelagat dia yang comel," katanya. 

Menurut Muhammad Fazri atau lebih mesra disapa Fazri, hampir tiga tahun dia memegang jawatan sebagai guru Pendidikan Khas di sebuah sekolah di Sandakan, Sabah.  

"Pendidikan Khas ni macam mengajar di aliran perdana juga, cumanya dia ada ciri-ciri tersendiri yang dikhaskan untuk pelajar OKU," ujarnya.  

Jelas pemuda berusia 27 tahun ini, sebagai seorang guru, dia bukannya melebihkan Maisarah seorang sahaja, sebaliknya turut rajin berkongsi mengenai perkembangan anak muridnya yang lain di laman sosialnya. 

Fazri menafikan dakwaan bersikap berat sebelah gara-gara sering berkongsi perkembangan diri Maisarah.

Fazri bagaimanapun menjelaskan dia terpaksa memberi perhatian lebih kepada Maisarah ketika mengajar Pendidikan Jasmani kerana kanak-kanak berusia 10 tahun itu didiagnosis lewat perkembangan menyeluruh. 

"Macam dari tahun lalu lagi, ramai yang beranggapan saya melebihkan Sarah. Sebenarnya tidak! Murid-murid lain pun saya update juga perkembangan mereka di Twitter saya. 

"Cumanya, kalau subjek Pendidikan Jasmani ni, Sarah yang paling memerlukan perhatian sebab dia ada masalah fizikal dan kognitif. 

"Macam masalah fizikalnya dari segi saiz dan ketinggian kerana umur dia 10 tahun, tapi ketinggian dia tak sampai satu meter. Begitu juga dengan kognitifnya, dia masih lagi belajar ABC," tambahnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
comel, tudung, khas, guru

Artikel Lain