HASRAT seorang ibu berusia 60-an membeli gel aloe vera untuk kegunaan harian di rumahnya bertukar haru-biru apabila dia tersilap membeli gel pelincir berperisa sama yang digunakan khusus untuk aktiviti kelamin. Kisah mengenai wanita yang dirahsiakan identitinya itu dikongsi menerusi Twitter oleh anak gadisnya sehingga ia menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen. Hanya ingin dikenali sebagai Eleanor, dia berkata kejadian itu berlaku pada Isnin selepas ibunya keluar membeli barang secara bersendirian. ARTIKEL BERKAITAN: Muncul dalam iklan kondom, langkah berani penulis buku manual seks bertudung dipuji netizen ARTIKEL BERKAITAN: Durex Malaysia tarik balik penjualan kondom 'Real Feel' "Mak keluar berseorangan, dia nak beli gel aloe vera untuk kegunaan kami. Tapi tersilap beli benda lain. Dia pun tak perasan. Sebab ada tertulis perkataan aloe vera di botol tu. "Lepas balik, saya tengok adik tengah sapu kat kaki. Adik pun cakap rasa pelik bila sapu. Adik saya tu pula walaupun dah umur 19, dia Orang Kelainan Upaya (OKU) yang slow learner dan hyper-active. Dia pun tak tahu apa-apa. "Bila saya tengok balik baru perasan, ia sama dengan jenama kondom yang selalu jual di kedai. Jadi saya suruh adik berhenti sapu gel tu dan minta dia basuh cepat-cepat," ujarnya kepada mStar. Posting Eleanor yang tular. Menurut Eleanor, dia turut memaklumkan hal itu kepada ibunya. Tambahnya lagi, ibunya yang juga seorang wanita bertudung labuh tidak perasan akan deskripsi produk tersebut dan menyangka ia hanyalah produk aloe vera biasa. "Mak cakap dia tak tahu. Dia kata malu sangat. Patutlah dekat kaunter orang tengok-tengok je. Ada yang kata, bodoh tak pergi sekolah ke? Agak terasa sebab dia cakap macam tu kat mak saya. ELEANOR ANAK "Mak saya pula pakai tudung labuh," ujarnya lagi. Sehingga kini, perkongsian Eleanor mengenai kisah itu menerima lebih 5,200 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Selain komen jenaka, ada segelintir individu turut meninggalkan komen kecaman terhadap ibu Eleanor. "Ada yang kata, bodoh tak pergi sekolah ke? Agak terasa sebab dia cakap macam tu kat mak saya. "Tapi saya abaikan sahaja. Memang terkejut tweet tu jadi viral. Sebelum ni pun kami pernah je beli gel aloe vera jenama lain. Antara komen netizen di posting itu. "Kami memang selalu guna untuk sapu di kawasan kaki yang kering," ujarnya. Gara-gara tweet tular itu, Eleanor memaklumkan gel pelincir berkenaan sudah dibeli oleh seorang individu dari Twitter. Ujarnya, tiada guna menyimpan gel berkenaan di rumahnya kerana tiada sesiapa yang memerlukannya. Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan di ruangan balas posting dimuat naik Eleanor: "Weh aku pernah masa sekolah rendah pergi ambil kondom yang dekat dengan counter cashier tu sebab aku mati-mati ingatkan gula-gula. Aku tertarik dengan packaging dia masa tu comel. Lepas tu akak datang terus marah." "Tak boleh imagine muka cashier time mak you bayar." "Kau boleh bayang tak masa mak dia nak bayar dan cashier pandang lain macam je."