suria

“Ia 10 minit paling bodoh dalam hidup” - Gambar freehair bercuti di Phuket bersama lelaki mirip anak Datuk K tersebar, Sharifah Rose mohon maaf

Nama Sharifah Rose menjadi trending di Twitter petang Rabu susulan tersebarnya gambar model itu yang tidak bertudung (kiri sekali) ketika bercuti bersama rakan-rakannya di Phuket, Thailand. Foto: Twitter

“WALAUPUN tiada alasan untuk apa yang saya lakukan, saya tetap mahu perjelaskan beberapa perkara mengenainya.”

Demikian kata model hijabista, Sharifah Rose susulan penularan sekeping gambarnya yang tidak memakai tudung sewaktu bercuti di Phuket, Thailand, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Twitter miliknya pada malam Rabu, Sharifah Rose yang juga bergelar Instafamous itu berkata gambar yang tersebar itu diperoleh daripada IG Story salah seorang rakannya yang turut sama bercuti di pantai peranginan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu buka tudung, penyanyi antarabangsa Ali Gatie dan Aazief Khalid bela Sharifah Rose - “Di mata saya awak seorang yang baik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Memanglah rindu…” - Sharifah Rose dedah kisah di sebalik "I miss you" pada Ismail Izzani

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani Mohon Maaf Secara Terbuka 6 Kali Berlaku Curang

“Dalam 'screen shot' tersebut, saya dilihat tidak memakai hijab. Biar saya jelaskan. Saya pergi ke pantai pada hari tersebut. Ini gambar kami di pantai.

“Sebagaimana anda dapat lihat, saya mengenakan pakaian sesuai. Baju berlengan panjang, seluar panjang dan topi untuk menutup rambut.

“Topi saya basah jadi saya pun, tanpa berfikir, membukanya sekejap untuk mengeringkannya. Apa yang saya tahu sepanjang 10 minit saya melepaskan rambut, IG story itu diambil tanpa pengetahuan saya.

Penjelasan Sharifah Rose yang dimuatnaik di Twitter.

“Ia adalah tempoh 10 minit paling bodoh dalam hidup dan saya sedar sekarang bahawa apa jua boleh berlaku dalam jangka masa selama 10 minit. Ia satu kesilapan dan saya belajar daripadanya,” jelas model berusia 22 tahun itu dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun menurutnya, percutian tersebut diketahui oleh kedua-dua orang tuanya dan mendapat keizinan mereka.

Dalam masa yang sama, model itu turut memohon maaf kepada kepada para pengikutnya di laman sosial susulan insiden tersebut.

“Dari jauh di dasar hati, saya benar-benar minta maaf kerana mengecewakan kalian,” katanya lagi sambil meminta mana-mana pihak yang mempunyai gambar tersebut untuk memadamkannya daripada laman sosial masing-masing. 

Antara komen netizen terhadap posting terbaharu model tersebut.

Sementara itu menerusi ruangan komen, netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap posting berkenaan.

Ada yang mengecam model tersebut malah menyifatkannya sebagai pengajaran Tuhan, namun tidak kurang ada juga yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

Pada Rabu, gambar Sharifah Rose yang tidak mengenakan tudung sewaktu bercuti bersama rakan-rakannya, menjadi tular di laman sosial.

Dalam gambar yang sama juga, kelihatan seorang lelaki mirip anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Aazief Khalid.

Sharifah Rose sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Ismail Izzani.

Susulan itu, netizen khususnya pengikut model berkenaan meminta penjelasan daripadanya.

Nama Sharifah Rose juga menduduki carta teratas dalam senarai trending di Twitter malam Rabu.

Sharifah Rose sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta bersama penyanyi Ismail Izzani, namun hubungan itu terputus pada 2018.

Model itu kini dikatakan bercinta dengan Aazief. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain