suria

Hanya tonton anime bakat melukis budak 9 tahun ini makin menyerlah, sampaikan ramai terkejut - “Ni Ara tekap ke?” tanya si kakak tak percaya

Gara-gara 'anime', kanak-kanak usia 9 tahun ini asah bakat melukis.

KEGILAAN menonton 'anime' mempengaruhi kanak-kanak berusia sembilan tahun ini untuk menggilap bakatnya dalam bidang lukisan.

Meskipun cuma menggunakan sebatang pensil 2B dan buku latihan sahaja, namun karyanya sangat mengagumkan!

ARTIKEL BERKAITAN:  Tudung tak sama warna rambut, Sailor Moon muslimah dikritik tak buat kaji selidik

Perkongsian itu tular di laman Twitter, apabila kakaknya, Azreen Batrisya Fadil memuatnaik foto si cilik itu melukis beberapa karakter 'anime'. 

Beberapa foto itu memperlihat adiknya, Azzahra Batrisya melukis karakter-karakter 'anime' seperti Monkey D. Luffy dari One Piece, kembar Ram dan Rem dari Re Zero dan juga 2b dari Nier Automata.

Perkongsian Reen mengenai adiknya yang berusia sembilan tahun dan pandai melukis itu tular di Twitter. 

Sehingga kini, posting itu menerima lebih 5,200 ulang kicau dan 13,000 tanda suka di Twitter. 

"Suruh mak jangan masukkan budak ni ke science stream. Biar dia pergi explore art stream.

"Art berat ni. Hopefully bakat adik ni boleh pergi jauh. Taknak lukis mana-mana karakter Naruto ke ?

"Aku nak lukis bintang bendera Malaysia sampai sekarang tak lepas-lepas lagi," komen beberapa netizen. 

Lukisan Azzahra curi perhatian netizen.

Berkongsi dengan mStar, Azreen Batrisya atau lebih mesra disapa Reen berkata, dia berasa terkejut apabila melihat adiknya yang masih bersekolah rendah itu berbakat melukis.

Menurut anak kedua daripada empat beradik ini, Azzahra mula berjinak-jinak melukis selepas menonton 'anime'.

Gadis berusia 19 tahun ini berkata, dorongan daripada abang sulungnya juga merupakan salah satu sebab Azzahra minat melukis.

"Adik saya ni memang suka melukis dari kecik tapi biasalah budak lukis gitu gitu je.  Dia suka tengok anime lepas tu try-try lukis dan tunjuk kepada kami.

Adik saya ni dia memang suka melukis dari kecik tapi biasalah budak kan lukis gitu gitu je. Dia suka tengok anime lepas tu try try lukis dan tunjuk kepada kami.

AZREEN BATRISYA FADIL 

"Anime yang dia suka tengok Attack On Titan, Re Zero, Kimetsu No Yaiba dan banyak lagi. Pokemon pun dia suka. 

"Terkejut saya tengok dia lukis lawa macam tu. Saya siap tanya dia betul-betul lagi, 'ni Ara tekap ke?', bersungguh dia cakap 'tak, Ara tak tekap, betul Ara tengok dekat phone ayah," katanya. 

Jelas Reen, ibunya yang bangga selepas mengetahui bakat Azzahra itu turut memuat naik foto-foto hasil lukisannya di media sosial. 

"Bila Ummi dapat tahu yang Ara pandai lukis, dia terus upload kat FB (Facebook). Ummi dengan ayah terkejut, siap cakap 'wow Ara lukis ke ni?' 

Reen (kiri) memberitahu, ibunya turut muat naik hasil lukisan adiknya itu di laman sosial Facebook. 

"Ummi cakap, dulu masa dia kecil-kecil pandai lukis orang lidi je. Basically sekarang ni ummi dah tahulah Ara akan spend masa-masa terluang dia dengan melukis," ujarnya. 

Tambah anak kelahiran Selangor ini, dia sekeluarga juga merancang untuk menyokong minat adiknya itu dengan membelikannya barang-barang lukisan. 

"Plan nya nanti, abang nak belikan Ara barang-barang melukis. Tapi mahal kan, so tunggu gaji, InsyaAllah.

"Sekarang pun dia lukis saje-saje dekat exercise book. Ayah pun ada juga belikan dia pensil warna. Basic basic macam tu je," tambahnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lukis, anime, bakat

Artikel Lain