suria

“Sebelum dia cakap dah tahu dari negeri mana...” - Wanita serang lelaki depan gerai ayam, ada pula kata fake

Aksi pergaduhan yang tular di media sosial.

KANTOI bawa skandal ke uptown ke?

Demikian soal netizen menerusi ruangan komen berhubung video tular pergaduhan antara seorang lelaki dan perempuan.

Menerusi video pendek itu, seorang wanita bertudung menyerang seorang lelaki di hadapan sebuah gerai yang menjual ayam cheese.

ARTIKEL BERKAITAN: Personaliti Yotube dituduh tunjuk 'buruk' Kelantan, malukan negeri sendiri hasilkan video mat rempit

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dari Kelantan tak disukai keluarga sanggup 'basuh berak' bapa mertua, kini tiap minggu nak menantu balik... “Orang cakap jangan benci keterlaluan”

Dipercayai berlaku di Kelantan, lelaki yang diserang berada di lokasi itu bersama seorang wanita lain.

Selepas ditampar, lelaki yang kelihatan berang itu menolak wanita yang menyerangnya sehingga berlaku pergelutan.

"Cubalah malu, ramai orang ni," jerit lelaki itu dalam dielek Kelantan kepada wanita berkenaan sebelum mereka kembali bergelut.

Paparan skrin posting tular berkenaan.

Lebih memalukan, kejadian itu turut disaksikan peniaga serta orang ramai yang sedang menjamu selera.

Di Twitter misalnya, video itu dikongsi menerusi akaun @My_CrimeWacth dan sudah menerima lebih setengah juta tontonan.

Begitu juga di Facebook, video berkenaan turut menerima hampir 300,000 tontonan.

Dalam pada itu, ramai netizen turut meninggalkan komen berhubung video aib melibatkan seorang lelaki dan dua wanita itu.

Sebelum dia cakap Kelantan lagi aku dah tahu dia akan cakap Kelantan. Hebat juga ilmu tilik aku ni.

PELAYAR TWITTER

Selain membuat spekulasi mengenai cinta tiga segi serta kecurangan yang terbongkar, tak kurang juga yang mendakwa ia hanya stratergi pemasaran gerai ayam berkenaan.

"Gaduh pasal jantan tak berbaloi alahai. Terang-terang dah curang.

"Perlu ke nak gaduh? Dah tahu dia curang kau break je lah. Buang masa tenaga nak gaduh ni.

"Orang sekarang sibuk dengan koronavirus. Dia sibuk dengan virus cinta.

Antara komen netizen di Twitter.

"Nak promote kedai ke tu? Nampak sangat kau fake dik. Abang cadangkan kau masuk kelas lakonan Fauziah Nawi dulu," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut bersikap pukul rata apabila mula mengaitkan insiden itu dengan perilaku orang Kelantan.

"Sebelum dia cakap Kelantan lagi aku dah tahu dia akan cakap Kelantan. Hebat juga ilmu tilik aku ni.

"Tengok cara dress up pun dah tahu dari negeri mana. Malas nak cakap.

"Kelantan lagi, hurmmm," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pergaduhan, Kelantan, serang

Artikel Lain