suria

Seret wanita siap buat U-turn, dua peragut ‘disumpah’ netizen - “Kena kat keluarga sendiri, jangan lupa zaman kegemilangan kau dulu”

Rakaman kes ragut yang menjadi tular di Facebook.

"JAHATNYA kau seret orang macam tu."

Demikian komen seorang netizen berhubung penularan video CCTV yang memaparkan kejadian ragut dipercayai berlaku di belakang sebuah bangunan di Segamat, Johor.

Menerusi rakaman tular di Facebook itu, dua lelaki bermotosikal menyeret seorang wanita dalam usaha meragut beg tangan miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hairan dapat semula barang peribadi 20 minit selepas diragut, “Kalau dia tak ada duit nak beli susu anak, saya maafkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan birthday adik bertukar tragedi! Kek hancur... kakak cedera diseret peragut, rasa bersalah kawan pun kena sekali

Mangsa pada waktu itu baru sahaja berjalan keluar dari kereta, dipercayai menuju ke sebuah bank berhampiran.

Akibat seretan dalam bentuk pusingan-U pada jarak beberapa meter itu, motor dinaiki dua suspek juga terbalik di atas jalan raya sebelum mereka bangun dan melarikan diri.

Video berdurasi 30 saat itu mula dimuatnaik beberapa halaman Facebook sejak Khamis.

Posting video itu yang tular di Facebook.

Namun sehingga kini, identiti mangsa masih gagal dikenal pasti.

Dalam pada itu, penularan rakaman berkenaan turut menimbulkan rasa marah dalam kalangan netizen.

Selain geram, mereka turut meluahkan rasa kasihan terhadap nasib malang wanita itu.

Peragut ada di mana-mana. Jadi lebihkan berhati-hati. Jangan muda leka dan lalai.

PELAYAR FACEBOOK

"B*d*h punya orang. Susah payah mak bapak kau besarkan kau, didik kau untuk jadi insan berguna. Perkara terkutuk macam tu yang kau buat?

"Kau jangan lupa kau ada keluarga, suatu hari nanti kalau kena kat keluarga sendiri kau jangan lupa zaman kegemilangan kau dulu.

"Bahaya eh Segamat sekarang ni. Ada peragut. Dapat kasi tibai ramai-ramai. Kerja tak nak. Menyusahkan orang sekeliling pula.

"B**gsat punya budak. Tak pasal budak motor kena tempias nanti.

"Peragut ada di mana-mana. Jadi lebihkan berhati-hati. Jangan mudah leka dan lalai," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ragut, Segamat, seret, beg tangan

Artikel Lain