suria

Tak tahan politik ofis di syarikat multinasional, lelaki ini senarai 6 ‘spesies’ manusia buat dirinya nekad resign... jujur jawab ‘Exit Interview Form’

Abdul Rahman Bahasa mendedahkan dia pernah mengambil keputusan untuk berhenti kerja daripada sebuah syarikat multi nasional gara-gara tidak tahan dengan politik di pejabat lamanya. (Gambar sekadar hiasan)

DUNIA pekerjaan sememangnya tidak terlepas dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Ada ketikanya, cabaran yang perlu dihadapi itu membuatkan seseorang berdepan tekanan sehingga mendorong mereka mengambil keputusan yang drastik.

Contoh yang paling mudah, politik di tempat kerja. Fenomena ini sudah jadi lumrah di mana-mana pejabat atau organisasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru berhenti kerja, pergi Guangzhou nak start bisnes kena scam sampai 2 kali - “Matilah aku dekat sini”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berhenti kerja 'engineer' nak balik kampung berpantang dituduh tayang duit, “Tak sangka suami bagi banyak macam tu sekali gus”

Apa yang paling teruk apabila wujudnya beberapa golongan seperti ‘kaki kipas’ atau ‘kaki jilat’ yang akan memburukkan lagi situasi di sesebuah tempat kerja.

Sebagaimana pengalaman yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini, dia mendedahkan pengalaman yang dihadapinya sendiri apabila terjebak dengan politik di tempat kerja sehingga mendorongnya mengambil keputusan nekad meletak jawatan.


Posting yang dimuat naik oleh Abdul Rahman di Facebook menjadi tular. 

Menurut pengguna Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa, dia terpaksa mengambil keputusan berundur dari sebuah syarikat multinasional kerana tidak tahan berdepan dengan enam golongan manusia di tempat kerjanya.

“Al-kisah, aku ambil keputusan berhenti dari syarikat multinasional (MNC) ni. Seminggu sebelum last day aku, aku diberi ‘Exit Interview Form’. Aku pun isi form tu sejujur-jujurnya.

“Sampailah hari last day aku, tiba-tiba extension aku berbunyi, surprisingly yang telefon itu adalah Vice President (VP) Sumber Manusia (HR) syarikat. Tak pernah-pernah VP HR ni call aku. Aku pun pick-up phone aku,” katanya.

Nota ringkasan yang dicoret Abdul Rahman mengenai situasi yang berlaku di tempat kerja lamanya. 

Menurut Abdul Rahman, panggilan daripada pegawai atasan itu bertujuan untuk berjumpa dengannya berhubung keputusan untuk berhenti kerja sebagaimana yang telah dilengkapkan dalam borang seminggu sebelum ini.

“Korang nak tau apa yang aku jawab dalam Exit Interview Form? Ini jawapan aku. Soalan ‘Apakah alasan untuk meninggalkan syarikat?’. Jawapan ‘Saya tak tahan dengan politik pejabat di syarikat ini’.

“Ya aku berhenti sebab politik pejabat. Enam spesies manusia ini yang buat aku berhenti kerja,” tulis Abdul Rahman.

Lelaki itu menyenaraikan enam golongan pekerja yang wujud di pejabatnya sehingga mendorongnya mengambil keputusan nekad tersebut.

Ya, aku berhenti sebab politik pejabat. Enam spesies manusia ini yang buat aku berhenti kerja.

ABDUL RAHMAN BAHASA

PEKERJA

“Spesies 1, tukang kipas. Kerja dia hari-hari pergi bodek bos. Kadang-kadang yang extreme tu, hari-hari letak nasi lemak dekat meja bos. Paling sakit hati, kebanyakan orang yang kuat mengampu ni bukan buat kerja pun.

“Spesies 2, tukang report. Ya ampun, yang ni lagi bahaya. Tahap bahaya dia tu sampai boleh menutup periuk nasik orang. Spesies 3, tukang karut. Kerja dia mereka cerita demi untuk menjatuhkan orang lain. Orang macam ni selalunya perwatakan dia soft spoken ala-ala baik camtu. Nampak macam baik, alim, tapi hati busuk nauzubillah.

“Spesies 4, tukang jilat punggung. Depan kita cakap pasal bos, depan bos cakap pasal kita. Spesies 5, tukang hasut. Tukang hasut ni pandai create cerita dan pandai jadi talam dua muka.

Antara komen netizen terhadap perkongsian Abdul Rahman mengenai politik di tempat kerja. 

“Spesies 6, tukang sorak. Tukang sorak ni selalunya perwatakan dia diam-diam je. Tapi kalau orang lain kena hentam dengan bos, bukan mainlah mereka bertepuk tangan. Selepas tu cerita dijaja sampai semua orang tahu,” terangnya panjang lebar sambil berharap agar perkongsian tersebut menjadi tauladan kepada orang lain.

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 9,100 share selain dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan tersebut.

Malah tak kurang juga yang berkongsi pengalaman yang sama seperti lelaki ini.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain