BAGI anak-anak muda khususnya, segelintir mereka mempunyai perangai ‘gila-gila’ apabila bersama rakan-rakan untuk menceriakan suasana. Bagi menunjukkan ‘kegilaan’ itu, sama ada mereka beraksi lain daripada lain atau melakukan sesuatu yang luar biasa. Sebuah video menjadi perhatian di media sosial menunjukkan tiga pemuda menaiki kereta, dengan salah seorang yang duduk di tempat duduk belakang memakai tiga tali pinggang keledar secara bersilang. ARTIKEL BERKAITAN: Rakan lain sibuk tunjuk ‘skill’ lompat, lelaki baju pink juga yang diintai gadis kerana ada ciri ‘husband material’, “Saya segan sebenarnya...” ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara video usik wanita 73 tahun, remaja ini curi perhatian sebab cantik! – “Nenek sporting, kelakar... siap hafal lagu Justin Bieber” “Aku suka buat benda bodoh depan kawan-kawan tapi aku tak suka kalau dia orang rakam hahaha,” menurut perkongsiannya sehingga diulang kicau lebih 22,000 kali. Perkongsian Hafrize menjadi perhatian di media sosial. Pemuda berkenaan, Muhamad Hafrize Abdol Karim berkata, rakaman dibuat ketika dia dan dua rakannya dalam perjalanan dari Politeknik di Merlimau, Melaka ke pusat bandar itu. Anak muda berusia 21 tahun itu berkata, tindakannya yang tidak dijangka itu dilakukan sejurus selepas seorang rakannya yang memandu kereta menegur seorang lagi rakan yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan supaya memakai tali pinggang keledar. “Bila kawan saya yang tengah memandu tegur kawan yang seorang lagi, saya yang di belakang juga ambil keputusan untuk pakai seatbelt. “Entah kenapa, tiba-tiba perangai hiper saya depan kawan-kawan membuatkan saya pakai tiga seatbelt tu sekadar suka-suka,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Hafrize kepada mStar. Hafrize (kiri) bersama dua rakan karibnya. Hafrize berkata, dia bagaimanapun hanya membuat ‘kerja gila’ itu hanya separuh perjalanan selepas aksinya itu dirakamkan oleh seorang rakan. “Memang saya tak suka bila aksi ‘bodoh’ dirakamkan. Tapi saya sendiri yang muat naik video itu di laman sosial sebab berasa kelakar dengan apa yang saya buat. Saya sebenarnya pemalu. Kalau ada tetamu datang rumah pun, kadang-kadang saya segan dan duduk dalam bilik HAFRIZE Anak bongsu daripada tujuh beradik itu bagaimanapun mendedahkan dirinya sebenarnya merupakan seorang yang pemalu, dan hanya bersikap hiper apabila bersama rakan-rakan karib. “Saya sebenarnya pemalu. Kalau ada tetamu datang rumah pun, kadang-kadang saya segan dan duduk dalam bilik. Depan kawan-kawan rapat saja perangai saya macam ni. “Tapi saya bukanlah pemalu sangat, cuma kalau dengan orang yang saya tak kenal memang saya jadi pendiam,” ujar pelajar Diploma Kejuruteraan Awam itu. Hafrize lebih selesa menunjukkan perangai hipernya bersama rakan-rakan rapat. Namun siapa sangka di sebalik sikap pemalunya, Hafrize yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu turut gemar membuat video menerusi aplikasi TikTok. “Saya ni taklah pandai menari, menyanyi pun tak sedap... tapi saya suka buat video TikTok. Tak tahulah kenapa suka sangat, mungkin sebahagian diri saya yang hiper. “Tapi sebab saya ni seorang yang pemalu, saya tak pernah kongsikan video TikTok yang saya buat tu. Hanya tunjukkan video tu pada rakan-rakan rapat saja,” katanya. aku suka buat benda bodo depan kawan2 aku tapi aku tak suka kalau diorang record ? hahahah aku bodo la ? pic.twitter.com/kER1vvvzwN — Hafrize (@HafrizeKarim) February 4, 2020