suria

Pengantin menggigil baca mesej bakal suami sebelum nikah, berjurai air mata kenang arwah ibu - “Sepanjang hari menangis, habis terus mekap”

Ami dan suami disatukan pada 1 Februari lalu. FOTO: Shera Sam.

DALAM kegembiraan meraikan hari bahagia, air mata tak berhenti bercucuran mengenangkan si ibu yang sudah tiada.

Begitulah yang dihadapi Nurul Amienah Ramli, 23, pada hari dia disatukan dengan suami, Mohd Hazin Mohd Nazim, 25, tanggal 1 Februari lalu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Ami mengakui gagal mengawal emosi apabila mengenangkan ibunya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 2011.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selagi ayah ada, saya boleh jaga dia” - Bapa 'cool' menangis nikahkan anak, adik pengantin mula rasa tak nak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: “Selepas nikah saya ada 'curi' tengok abah...” - Anak sebak, bapa 'pelik' beberapa jam sebelum dirinya jadi isteri orang

Lebih pilu, bapanya juga sudah lama berpisah dengan arwah ibunya, sekali gus memaksa Ami dan adik-beradiknya menumpang kasih datuk dan nenek mereka.

Kisah gadis itu pada mulanya tular di Twitter apabila dia berkongsi paparan skrin kiriman WhatsApp daripada suaminya yang diterima pada pagi sebelum mereka dinikahkan.

"Saya memang tak jangka sebab sibuk fikir banyak perkara, rasa terkejut bila baca. Saya rasa lebih yakin.

Mesej kiriman suami Ami pada pagi sebelum mereka dinikahkan.

"Pada masa sama, saya rasa sebak dan terketar-ketar. Macam tak percaya nak jadi isteri.

"Sepanjang hari tu banyak kali saya menangis. Memang habis terus mekap. Kat masjid menangis, kat rumah menangis sebab teringatkan mak. Ayah pun ada datang masa akad nikah," ujarnya.

Menurut Ami lagi, dia berasa cukup beruntung apabila perkenalan selama setahun lebih itu berakhir di jenjang pelamin.

Ami mengakui suaminya seorang lelaki yang banyak mengajak dia ke arah kebaikan.

Malah kata Ami, suaminya banyak membimbing dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Saya rasa beruntung sangat. Dia tak tinggal solat. Dia banyak ajak saya ke arah kebaikan," katanya lagi.

Dalam paparan skrin WhatsApp yang tular itu, suami Ami menghantar mesej panjang lebar, mengakui gementar untuk dinikahkan pada hari berkenaan.

Sepanjang hari tu banyak kali saya menangis. Memang habis terus mekap. Kat masjid menangis, kat rumah menangis. Teringatkan mak.

NURUL AMIENAH RAMLI

PENGANTIN

Selain itu, suaminya juga memberitahu dia tidak sabar untuk duduk bersanding di atas pelamin dengan gadis itu.

Sehingga kini, posting Ami di Twitter menerima hampir 14,000 ulang kicau (Retweet).

Selain ucapan tahniah, ramai netizen turut mengakui sebak dan tak sabar untuk menamatkan zaman bujang selepas melihat perkongsian tersebut.

Ami mengakui sedih apabila mengenangkan ibunya yang sudah lama tiada.

"Kamu sungguh bertuah. Tahniah untuk awak dan suami.

"Semoga segala urusan yang akan datang dipermudahkan.

"Bahagia gila dapat mesej macam ni.

"Maaf sis. Kenapa saya sebak pula baca mesej korang. Tahniah," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain