BUKAN sahaja petah berbicara, keikhlasan dalam berniaga juga jelas terpancar dalam dirinya. Itulah gambaran mengenai seorang budak perempuan yang mana videonya sedang berinteraksi dengan pelanggan menjadi tular di media sosial. Menurut Mohd Zhaofirin Kamarulzaman, 34, dia bertemu dengan kanak-kanak itu di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Nampak budak berpanas jual kuih kapit tepi simpang, gadis mengaku beli sebab simpati... selepas makan ini reaksinya! ARTIKEL BERKAITAN: Watak Mael siri Upin & Ipin suntik inspirasi usahawan cilik "Sebenarnya dah banyak kali jumpa, cuma sebelum ini tak pernah beli. Kali ini mungkin rezeki dia. "Cara dia bercakap, buat saya hilang kata-kata. Sebab saya pun kerja dalam bidang sales. Saya suka tengok, lagi-lagi dia masih kecil. "Saya tertanya-tanya. Siapa mak ayah dia? Cara dia bercakap dengan pelanggan buat saya kagum. Dia memang berbeza," ujarnya kepada mStar. Posting mengenai peniaga cilik itu yang tular di Twitter. Menurut Zhaofirin, dia sempat membeli penanda buku yang dijual kanak-kanak itu sewaktu pertemuan mereka. Selain menerima hadiah percuma, dia juga terharu apabila kanak-kanak itu membacakan doa buat dirinya. "Mana nak cari budak yang boleh cakap macam ni. Siap berdoa lagi. Cara dia cakap memang masuk ke hati. Pelayar Twitter yang lain turut berkongsi kisah pertemuan mereka dengan peniaga cilik itu. "Rasa terharu bila dia doakan saya. Saya pun teringin nak kenal mak ayah dia. Dia memang semulajadi berbakat. "Dia nampak sangat ikhlas, tak fake. Kita pun jarang jumpa penjual yang boleh doakan kita," katanya lagi. Menurut Zhaofirin lagi, dia berharap penularan video kanak-kanak itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Siapa mak ayah dia? Cara dia bercakap dengan pelanggan buat saya kagum. Dia memang berbeza. MOHD ZHAOFIRIN KAMARULZAMAN Malah katanya, dia juga yakin kanak-kanak itu akan membesar menjadi individu yang bagus khususnya dalam bidang jualan dan pemasaran. Sehingga kini, video melibatkan kanak-kanak itu menerima lebih 350,000 tontonan di Twitter. Selain pujian, beberapa netizen turut berkongsi kisah sama sewaktu mereka bertemu dan menjadi pelanggan kepada kanak-kanak itu. Zhaofirin mengakui kagum dengan kepetahan kanak-kanak berkenaan. "Petah bercakap macam ni kalau jual sparepart motor pun aku beli walaupun aku tak ada motor. "Dia terlampau bagus sampai aku tak sampai hati nak tolak benda dia jual. "Dia ni petah betul, suara pun boleh jadi suara latar kartun. Comel je bagi free gift doa," tulis beberapa netizen.