suria

Hebat! Abam Bomba Malaysia raih perhatian dunia, video selamatkan kucing dapat liputan The Dodo

Video melibatkan anggota bomba ini pernah tular pada tahun lalu dan sekali lagi mendapat perhatian dunia.

MASIH ingatkah anda kisah anggota bomba yang berjaya menyelamatkan seekor kucing selepas terperangkap dalam kebakaran rumah sekitar Ogos tahun lalu?

Kisah itu bukan sahaja tular di Malaysia, malah ia turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa biarpun sudah lama berlalu.

Terbaharu, laman pencinta haiwan The Dodo turut berkongsi semula video itu kepada hampir dua juta pengikut mereka di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia anak saya, bukan kucing saya” - ‘Darah manis’ don't care, pengantin sanggup tanggung risiko selamatkan ‘gemuk’ buat hal

ARTIKEL BERKAITAN: “Oyen memang suka buat benda mengarut” - Pasang hazard light minta bantuan, pemilik akui kucingnya pelik... minum guna tangan

Berdurasi tiga minit dengan suntingan infografik ringkas dan menarik, video yang dimuat naik oleh laman yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu sehingga kini menerima lebih 200,000 tontonan.

Malah, posting itu turut dihujani komen-komen pujian dari serata dunia atas kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Ia (anak kucing) tak mahu lepaskan penyelamatnya.

Posting The Dodo yang menerima perhatian ramai.

"Terima kasih. Buat saya sedar masih ada hero di dunia ini.

"Oh tuhan. Kesiannya anak kucing kecil. Gembira ia selamat," tulis beberapa pelayar Twitter.

Untuk rekod, kejadian itu berlaku di sebuah rumah dekat Taman Sutera Idaman, Sungai Petani Kedah.

Dalam video tular itu, seorang pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Muhamad Amirul Arifin tidak berputus asa melakukan bantuan pernafasan (CPR) sehingga haiwan berkenaan mengeluarkan suara.

The Dodo merupakan laman pencinta haiwan yang popular di peringkat global.

Kucing itu dilihat turut dirawat dengan diletakkan ubat serta diselimutkan bagi membantu proses penyembuhan.

Dalam kejadian itu, anak kucing berkenaan terperangkap dalam bumbung rumah hingga keadaannya lemah selepas dikeluarkan oleh anggota bomba.

Bagi pengguna media sosial, mereka pastinya sudah terbiasa melihat posting melibatkan pelbagai jenis haiwan di serata dunia oleh The Dodo.

Selain Twitter, ia turut memiliki laman web sendiri serta Instagram dengan jumlah pengikut seramai lapan juta.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Bomba, kucing, kebakaran, The Dodo

Artikel Lain