KEMERDUAN dan kelunakan suaranya ketika melaungkan azan di sebuah masjid di Mesir menyebabkan ramai gadis jatuh cinta dengan pemuda tersebut. Pemuda berkenaan, yang dikenali sebagai Sharul Kamal mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada ramai gadis selepas videonya itu tular di media sosial. Terbaharu, pemuda berusia 24 tahun itu berkongsi satu paparan mesej daripada seorang gadis dari Indonesia yang berniat mahu melamarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terpegun dengar laungan azan anak arwah Aziz Desa, terbuka siapa nak bagi teguran! ARTIKEL BERKAITAN: Tak berganjak, pelajar laung azan sewaktu ribut membadai bikin netizen sebak Mesej itu berbunyi: "Mas (abang) aku lamar kamu jadi suamiku. Mau gak? Aku tunggu jawapannya. Ayah ku juga nyuruh calon menantunya ke rumah." Shahrul berkata dia sendiri terkejut apabila menerima mesej tersebut dan beberapa mesej lain daripada individu tidak dikenalinya. "Memang terkejut tapi pada saya itu sekadar gurauan. Kalau dia serius pun saya tolak cara elok. Antara mesej lain yang turut diterima Sharul. "Ramai yang DM saya sebenarnya. Bukan je dari Malaysia, Indonesia tapi Mesir pun ada. Sampaikan ada yang mesej nak jadikan saya menantu. "Bila baca mesej tu memang kelakar. Terhibur jugalah saya," katanya kepada mStar. Sharul berkata dia turut membalas mesej gadis dari Indonesia tersebut. "Dalam mesej tu saya beritahu saya dah bertunang dan minta dia sampaikan salam saya kepada bapanya. "Dia tak kecewa pun sebaliknya tidak menduga mesejnya itu dibalas," katanya yang baru saja putus cinta tahun lalu. Mengenai video laungan azannya yang tular, Shahrul berkata dia tidak menduga perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai. "Saya tak expect langsung boleh viral. Saya saja share sebab tak ramai tahu kisah Sultan Al-Muayyad. Saat Sharul melaungkan azan di sebuah masjid di Mesir. "Jadi saya share je dekat Twitter dulu. Sekali banyak notification yang masuk. Terkejut juga dalam masa yang singkat dapat beribu retweet," katanya. Jelas pemuda berasal dari Negeri Sembilan itu, dia pada awalnya diarahkan pengarah program Travelogue Backpackers (musim kedua) untuk cuba melaungkan azan di sebuah masjid yang menjadi lokasi penggambaran mereka di Mesir. "Director suruh saya test azan dalam tu sebab kawasan tu memang tempat bilal-bilal dulu azan. Jadi saya pun trylah azan sikit (part awal). Tapi saya bersyukur sebab ada orang non muslim komen dan DM saya beritahu mereka suka dengar suara saya azan. Saya rasa kecil je diri ni nak terima pujian itu. SHARUL KAMAL. "Sekali bilal masjid tu ada dekat situ dan terkejut dengar saya azan macam tu. Dia pun suruh saya azan semula dan habiskan. "Menggigil saya sebab tak pernah azan cara tu sampai habis. Selama ni selalu azan part depan tu je. Ini kali pertama saya azan style bilal Madinah sampai habis," katanya. Meskipun ramai memuji kelunakan suaranya itu, pemuda ini menganggap ia hanyalah 'pinjaman' semata-mata. Komen netizen mengenai laungan azan Sharul. "Allahuakhbar... semua nikmat ni hanyalah pinjaman daripada Allah. Bila-bila boleh kena ambil balik. "Tapi saya bersyukur sebab ada orang non muslim komen dan DM saya beritahu mereka suka dengar suara saya azan. Saya rasa kecil je diri ni nak terima pujian itu," katanya yang pernah belajar di sekolah pondok dekat Rembau semasa tingkatan 1 dan 2. Untuk rekod Sharul merupakan bekas peserta Akademi Fantasi 2015. Dia turut berlakon dalam drama berjudul Adam Chempaka. View this post on Instagram Allahuakhbar... merdu suara. Sebiji macam azan dalam TV. Salam subuh semua ? #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Feb 12, 2020 at 2:22pm PST