suria

Kucing jalan seret perut undang simpati, tekaan pak guard ‘menyimpang’ jauh selepas dibawa jumpa veterinar

Posting mengenai kucing itu menjadi tular dan mengundang simpati ramai di Twitter.

"SERIUS tak sanggup tengok kucing macam ni."

Demikian komen seorang netizen mengenai video menyentuh hati melibatkan seekor kucing yang tular di Twitter.

Menerusi video berdurasi 11 saat, kucing itu kelihatan lumpuh separuh badan, sedang berjalan sambil menyeret bahagian belakang kakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak jadi ganas macam negara luar?” - Ramai marah kucing dibakar sesuka hati

ARTIKEL BERKAITAN: Haiwan pun kena sihir? Pelajar bingung perut kucing tiba-tiba terburai, “Dia seret usus datang kat saya”

Menurut empunya video, Siti Nur Hafezah Yusof, 24, dia terserempak dengan kucing itu pada hari pertama menjalani praktikal di sebuah kolej di Kedah pada 2 Februari lalu.

"Masa tu hari pertama intern. Saya dibawa penyelia untuk tinjau kawasan dan berkenalan dengan kakitangan.

"Masa tu la nampak sesuatu yang pelik dari jauh. Tengok kucing tu berjalan seret perut. Sampai dekat, tengok betul-betul bawah private part kucing tu macam basah.

Posting yang tular di Twitter.

"Security kata mati anak dalam perut dan tak dikeluarkan lagi," ujarnya kepada mStar.

Menurut penuntut bidang Kaunseling itu, sekumpulan pelajar di kolej berkenaan bagaimanapun sudah memanggil pasukan veterinar untuk menyelamatkan kucing tersebut.

Malah, haiwan itu kini ditahan di sebuah klinik untuk diberikan rawatan.

Rasa sebak nak menangis, nak bantu tapi tak boleh. Tapi ramai yang hantar direct message (DM) nak bantu. 

SITI NUR HAFEZAH YUSOF

PELAJAR

"Alhamdulillah dah ada orang uruskan. Pelajar kolej kat situ yang bantu. Kucing tu masuk wad sampai Jumaat ni.

"Rupa-rupanya tak pregnant. Perut kucing tu bengkak dan saraf dah rosak sebab kemalangan," ujar Hafezah lagi.

Menurut Hafezah, biarpun dirinya bukanlah peminat kucing, dia tetap sedih melihat keadaan haiwan itu.

Pelajar di kolej tempat Hafezah menjalani latihan praktikal sudah menghubungi veterinar untuk membantu kucing itu.

Malah, dia turut meluahkan rasa syukur apabila ramai yang terbuka hati untuk memberi sumbangan buat kucing berkenaan.

"Rasa sebak nak menangis, nak bantu tapi tak boleh. Tapi ramai yang hantar direct message (DM) nak bantu. Lebih 30 DM juga saya terima," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video kucing berkenaan yang dimuatnaik Hafezah sudah menerima lebih 350,000 tontonan di Twitter.

Hafezah mengakui sebak melihat keadaan kucing itu.

Malah, ia turut menerima lebih 20,000 ulang kicau (Retweet) dan dihujani pelbagai komen netizen.

"Please viralkan mana tahu ada yang berkemampuan boleh tolong, kesian dia.

"Hari tu aku jumpa dia dekat tepi longkang, dia datang nangis dekat kaki aku and aku pun nangis sekali sebab tak tahu nak tolong macam mana.

"Kesian dia. Si lumpuh yang comel. Get well soon sayang," tulis beberapa pelayar Twitter.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain