BACAAN ikrar Rukun Negara menjadi aktiviti wajib di sekolah khususnya sewaktu perhimpunan mingguan. Malah, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia bukan sahaja untuk membacanya, tetapi menghayati satu per satu rukun tersebut. Bagaimanapun, tular di Youtube video berjudul - Masih Ingat Rukun Negara?! Interview Orang Berkerja. ARTIKEL BERKAITAN: Hina Sultan Perak: Pelajar Diarah Baca Rukun Negara Sebelum Didenda ARITKEL BERKAITAN: Jadikan Peraturan Wajib Main Lagu Negaraku Di Pawagam Video terbitan saluran iSARB Naveind itu sehingga kini menerima hampir 30,000 tontonan. Dalam pada itu, satu lagi video berkonsepkan sama turut ditularkan di Twitter sehingga menjadi topik perdebatan netizen. "Makwe siapalah dua orang ni. B**gang nak mampos. Rukun Negara pun tak tahu," tulis seorang pelayar Twitter yang berkongsi video itu. Paparan skrin video itu yang dimuatnaik di Youtube. Sehingga kini, ia menerima hampir 200,000 tontonan di Twitter. Dua gadis yang muncul dalam video itu turut menjadi sasaran netizen yang mana rata-rata mereka mengakui kecewa apabila kedua-duanya gagal menyenaraikan lima Rukun Negara kita. Selain dua gadis itu, beberapa individu lain yang muncul dalam video di Youtube itu turut menerima nasib serupa. Baru aku tahu rupanya ramai yang dah tak ingat Rukun Negara. Aku dah 20 tahun tinggalkan sekolah masih ingat lagi. NETIZEN Malah, ada yang memberi saranan agar kewarganegaraan mereka ditarik semula kerana gagal menghafal serta menghayati rukun tersebut. Namun, ada juga beberapa individu lain yang berjaya menyenaraikan lima Rukun Negara dengan sempurna. "Yang bengap tak lancar Rukun Negara tu sila tukar kerakyatan, kat Israel banyak kosong. "Sedihnya, ada yang muda-muda lagi baru habis sekolah dah lupa Rukun Negara. "Baru aku tahu rupanya ramai yang dah tak ingat Rukun Negara. Aku dah 20 tahun tinggalkan sekolah masih ingat lagi. Sedutan video ini turut ditularkan di Twitter. "Menangis Sarjan Hassan dengan Leftenan Adnan kalau dia hidup lagi tengok video ni," tulis beberapa netizen di Youtube dan Twitter. Bagi mereka yang sudah lupa atau ingat-ingat lupa, berikut kami sediakan Rukun Negara sebagai rujukan anda: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan