KETIKA zaman kecilnya, pemuda berasal dari Kampung Kubang Tangga, Kuala Terengganu ini pernah berangan-angan mahu memperisterikan seorang gadis berambut perang dan bermata hijau. Namun siapa sangka angan-angan itu menjadi kenyataan apabila anak sulung daripada lima beradik ini bertemu jodoh dengan gadis Itali. Pasangan merpati dua sejoli ini, Mohamed Khalies Hami Hamzah, 36, dan Giovanna Khadija Wolswijk, 25, disatukan sebagai suami isteri di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 14 Februari lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Hati terpaut saat dipujuk ketika menangis, jejaka Guinea pilihan anak Kedah ini bukan biasa-biasa! ARTIKEL BERKAITAN: “Dah beritahu mak, jangan terkejut tengok dia” - Jururawat pilih suami Sudan, yang kutuk biar 'kutip dosa kering' "Saya masih ingat lagi masa zaman sekolah saya pernah cakap nanti dah besar saya nak kahwin dengan orang rambut perang... mata hijau. "Masa tu budak-budak biasalah suka berangan-angan. Angan-angan mat jeninlah senang cerita. Mustahillah boleh berlaku... memang tak terfikir langsung. Pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri pada 14 Februari lalu. "Jadi bila benda ni betul-betul jadi saya macam tak percaya. Saya rasa macam bermimpi dapat kahwin dengan orang putih," katanya kepada mStar. Menurut pembantu tadbir (perkeranian dan operasi) UMT itu, dia berkenalan dengan Giovanna Khadija menerusi Instagram kira-kira selepas sebulan mengetahui gadis itu memeluk Islam di masjid UMT. "Lepas kecoh dekat Facebook saya stalk dia... siapa budak ni. Saya cari dekat Facebook dan Instagram. Lepas tu saya add dekat Instagram dan dua hari kemudian dia approve saya. "Tak lama tu saya pun mesej dia "Assalamualaikum... welcome to Islam". Nak ucap tu je. Tak de langsung pun niat nak lebih-lebih. Tapi tak sangka dia pun balas mesej saya. Memang saya terkejut waktu tu. "Saya try minta nombor telefon dia. Mula-mula dia tak nak bagi. Tapi lepas saya cakap saya staf UMT dan kenal pensyarah dia barulah dia nak bagi. Sejak itu kami sering WhatsApp dan berkawan rapat," katanya. Ibu Giovanna sebak melihat anak keduanya selamat disatukan dengan jejaka pilihannya. Namun Mohamed Khalies berkata hubungan mereka menjadi lebih serius apabila anak kedua daripada tiga beradik itu berlepas ke Belgium pada 24 Julai 2019. "Masa tu saya nampak respons dia lain macam. Waktu tu kebetulan saya baru habis sukan badan berkanun di Shah Alam. Saya beritahu pada team saya boleh tak hantar saya ke airport (KLIA) sekejap, saya nak jumpa seseorang. "Itu saya kira last sekali dapat jumpa dia. Lepas dia balik tu kami masih bermesej. Saya tanyalah dia ni single ke? Saya dah mula nak korek kisah dia. Saya nak tahu kenapa dia berminat dengan Islam. Dia minta saya ajar Iqra. Dalam tempoh dua bulan setengah sejak September tahun lalu, selepas Maghrib (waktu Malaysia) saya akan ajar dia menerusi video call. MOHAMED KHALIES HAMI HAMZAH. Pembantu tadbir (perkeranian dan operasi) UMT. "Bila dah selalu mesej tu terbit rasa cinta. Saya beritahu Giovanna saya nak serius dengan dia... maksudnya nak jadikan dia isteri saya. Mula-mula dia 50/50 sebab nak sambung PHD. Tapi saya beritahu dia saya tak halang niat dia untuk belajar. "Lepas tu saya lamar di pertengahan bulan Ogos. Tak sangka dia terima dan bulan September tu kami buat keputusan nak kahwin tapi masa tu tak ada tarikh lagi," katanya. Jelas Mohamed Khalies dia terpikat dengan kesungguhan Giovanna untuk mendalami Islam. Keluarga Giovanna turut hadir memeriahkan majlis resepsi pasangan ini. "Selepas dia balik universiti dia dekat Belgium, dia kemudian pulang ke kampung halamannya di Florance, Itali. Masa tu dia memang perlukan seseorang untuk guide dia. "Dia minta saya ajar Iqra. Dalam tempoh dua bulan setengah sejak September tahun lalu, selepas Maghrib (waktu Malaysia) saya akan ajar dia menerusi video call. "Alhamdulillah dalam tempoh tu dia boleh habiskan Iqra 1 sampai Iqra 3. Saya sendiri pun tak percaya dia boleh hafal begitu cepat. Mulanya saya cabar dia tapi tak sangka dia sahut cabaran tu. "Memang nampak kesungguhan dia nak belajar tentang Islam. Sambil hafal Iqra tu saya juga minta dia hafal beberapa surah mudah. Alhamdulillah dia juga boleh hafal lebih 10 surah lazim," katanya. Ditanya mengenai reaksi ibu bapanya mengenai hasrat untuk memperisterikan Giovanna, kedua-dua orang tuanya itu merestui sesiapa sahaja gadis pilihannya. "Bulan Oktober saya beritahu parents saya. Masa tu parents tak tahu saya sorok-sorok video call dengan dia. Saya buat keputusan nak kahwin dua tiga hari sebelum Giovanna datang semula ke Malaysia. Pengantin bersama keluarga sebelah lelaki. "Saya cakap kat mak abah nak kenalkan dengan seseorang. Masa tu terus buat video call tunjuk dekat mereka. Parents tak cakap apa-apa. Mula-mula mereka terkejut juga tapi mereka terima je siapa pilihan saya," katanya. Sementara itu, Mohamed Khalies berkata tarikh pernikahan mereka pada 14 Februari lalu itu dipilih oleh isterinya kerana hari yang cukup istimewa dalam dirinya. "Tarikh 14 Februari itu adalah pertama kali Giovanna sampai di Malaysia. Kebetulan pula jatuh pada hari Jumaat. "Dia mahu majlis pernikahan kami diadakan di Masjid UMT kerana di situlah tempat dia mengucap syahadah," katanya. Pada masa sama, Mohamed Khalies bersyukur kerana majlis pernikahan dan resepsi mereka di kampung halamannya pada keesokan harinya dipermudahkan. "Asalnya nak buat majlis (resepsi) lambat lagi sebab mulanya parents dia tak boleh datang. Mereka boleh datang bulan Julai tapi lama sangat pula. Pengantin bersama keluarga sebelah perempuan yang datang dari Itali untuk menyaksikan hari bersejarah pasangan ini. "Kebetulan pula Allah nak permudahkan. Alhamdulillah parents dia cakap boleh datang. Itu yang buat majlis keesokan harinya," katanya yang mendedahkan isterinya itu amat menggemari nasi dagang. Perkahwinan itu disaksikan ahli keluarga Giovanna Khadija iaitu ibu, Hendrina Johanna Van Middelkoop, 62, dan bapa, Theodorus Wolswijk, 62. Terdahulu, akhbar melaporkan Giovanna Khadija penuntut Sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT memeluk Islam selepas tersentuh hati setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT pada 18 Jun tahun lalu.