suria

Niat baik, arkitek nak menangis tak sengaja tumpangkan nenek kononnya cari pengganti saka - “Lima minit je, tapi rasa lama sangat”

Kata Izzah, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu. (Gambar Hiasan).

NIAT baik akhirnya bertukar menjadi kisah menyeramkan.

Begitulah situasi yang melanda seorang arkitek wanita pada Selasa lalu yang mana perkongsiannya tular di laman Twitter.

Menurut Nur Izzah Hamzah, 29, kejadian berlaku di Taman Sri Amar, Majidee, Johor Bahru sewaktu dia sedang memandu kereta ke satu destinasi untuk urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah bomoh dalam rumah, tiba-tiba keranda terbang mengganas di kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Berani! Jam 1 pagi pelajar UiTM gesek biola lagu Pontianak Harum Sundal Malam, budak umur 6 tahun nampak kelibat sedang marah

"Saya nampak seorang nenek tengah berjalan. Saya pergi depan sikit hujan turun dengan lebat. Jadi saya patah balik dan offer untuk tumpangkan dia.

"Dia kata nak pergi ke pasar, jumpa kawan dan beli barang dapur. Masa berborak dalam kereta sekitar lima minit sebelum sampai, timbul cerita pasal jin.

"Kata nenek tu, dia sebenarnya nak lari dari jin dekat rumah. Selalu ikut pergi mana-mana, terus saya meremang," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Izzah, dia mengakui terkejut dengan kisah yang diceritakan oleh warga emas berusia 60-an itu.

Sebahagian perkongsian Izzah di Twitter.

Mengenakan baju kurung, warga emas itu turut bercerita mengenai jin terbang sehingga menambah ketakutan dalam diri Izzah.

"Dia bercerita jin tu ikut ke dapur, ke tandas sampai nak salin baju pun susah. Kalau dia jalan kaki, ingatkan jin tak ikut... rupanya jin terbang sekali.

"Saya rasa macam nak menangis. Lima minit je nak ke pasar, tapi rasa lama sangat. Bila sampai dia pegang tangan cakap terima kasih sebab tolong hantar," katanya.

Kata nenek tu, dia sebenarnya nak lari dari jin dekat rumah, selalu ikut dia pergi mana-mana. Terus saya meremang.

NUR IZZAH HAMZAH

ARKITEK

Berkongsi hal itu kepada rakan sekerjanya, mereka turut bercerita mengenai kisah hampir sama yang berlaku sebelum ini.

Menurut rakan Izzah, memang wujud cerita lama mengenai seorang nenek di kawasan itu yang mencari pengganti untuk menjaga sakanya.

"Rasa takut, rasa terhibur pun ada. Saya cuba bersangka baik. Mungkin dia nyanyuk cerita bukan-bukan... tapi dia nampak sihat.

Izzah mengakui seram namun turut terhibur apabila mengenangkan semula kisah itu.

"Saya cerita pada kawan pejabat, mereka cakap dulu pernah ada cerita nenek jalan-jalan cari orang ganti jaga saka dia," cerita Izzah panjang lebar.

Namun kata Izzah, dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang gangguan mistik selepas kejadian itu.

Malah, dia pada masa sama turut bersyukur apabila dapat membantu menghantar warga emas itu ke pasar pada hari berkenaan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain