SEGALA perkongsian wanita ini di laman sosial pasti menjadi perhatian ramai. Lebih dikenali sebagai Cleopatra, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin sekali lagi menjadi sebutan apabila dia mendedahkan mahu melepaskan cincin bernilai RM100,000 untuk tujuan kebajikan. Bercakap kepada mStar, Cleopatra bagaimanapun mengakui tidak terlepas menerima komen negatif biarpun berkongsi mengenai perkara berunsurkan kebaikan sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Alahai kesian Cleopatra! Cedera di dapur tapi kebenaran kisahnya diragui ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai guna perkataan pondan” - Syed Saddiq nafi setiausaha transgender, ajak fokus isu rakyat "Sebelum ini saya berkongsi beberapa kerja amal di laman sosial tetapi saya tetap menerima komen negatif. "Mereka kata, kalau nak derma tak perlu menunjuk. Tapi bukan begitu niat saya. Niat saya nak galakkan orang ramai untuk buat kebajikan, kongsi apa yang kita ada dengan orang tak berkemampuan. "Sejak itu saya berhenti beritahu orang mengenai kerja amal yang saya buat," ujar ahli perniagaan itu. Posting Cleopatra di Twitter. Tambah Cleopatra, sebagai dermawan, dia juga sering melakukan kerja amal atas banyak dasar, termasuklah menggunakan inisiatif peribadi dalam memberi kualiti kehidupan lebih baik kepada masyarakat yang memerlukan. Malah katanya, dia sanggup melepaskan barangan peribadinya itu untuk tujuan kebaikan. "Cincin itu salah satu daripada koleksi saya. Bagi saya, benda yang saya sayang adalah benda yang kita perlu lepaskan. Kepada haters, saya harap kehidupan anda bertambah baik sehingga tiada masa untuk meninggalkan komen negatif pada kehidupan orang yang kamu tak kenal secara peribadi. CLEOPATRA AHLI PERNIAGAAN "Bukan benda yang kita tidak perlukan, baru kita sedekahkan," ujarnya lagi. Selain komen mengenai cincin itu, foto yang dikongsi Cleopatra turut menjadi perbualan gara-gara ia dirakam dalam sebuah kereta mewah Lamborghini. Namun kata Cleopatra, itu merupakan perkara lazim yang sering berlaku kepadanya. Cleopatra mahu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal demi membantu golongan memerlukan. "Ia selalu berlaku kepada saya. Contohnya, mereka kutuk video saya memasak kerana saya tak bercakap sewaktu memasak. "Kebanyakan chef yang bercakap semasa memasak, mereka tak pakai penutup wajah. "Bagi saya ia kurang bersih. Saya minta maaf kalau tak bercakap sambil memasak, ia memang cara saya," jelasnya. Apa sahaja yang dikongsi Cleopatra di media sosial pastinya menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini misalnya, video Cleopatra sedang memasak menjadi perhatian ramai sehingga menerima lebih 1.1 juta tontonan di Twitter. Katanya lagi, dia juga terlalu sibuk untuk melayan komen-komen negatif di media sosial dan sempat menitipkan pesanan buat golongan itu. "Saya terlalu sibuk untuk menghiraukan komen negatif. Kepada mereka yang setiap hari tak putus memberi galakan kepada saya, terima kasih dan saya hargainya dan sentiasa ingat kamu dalam doa. Cleopatra mengakui tiada masa untuk melayan komen negatif di media sosial. "Paling menyentuh hati lihat mereka tak kenal saya secara peribadi tapi sanggup melawan haters untuk saya. "Kepada haters, saya harap kehidupan anda bertambah baik sehingga tiada masa untuk meninggalkan komen negatif terhadap kehidupan orang yang kamu tak kenal secara peribadi," katanya. Untuk rekod, Cleopatra pernah menjadi tular gara-gara pertemuannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada tahun lepas.