suria

SofyanK buat kejutan! Ramai tersentuh lihat peminat cilik peluk tak nak lepas ketika pakai kasut – “Thank you abang Sofian... may Allah bless you”

Mohamad Sofian (kiri) membuat kejutan dengan berkunjung ke rumah peminat ciliknya, Danish Irfan. Foto ihsan Mohamad Sofian Abdullah

JIKA sebelum ini seorang pemuda yang membuat video-video ala ‘silap mata’ atau magik menerima kejutan bertemu dengan idolanya, Zach King yang merupakan personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), kali ini dia pula membuat kejutan untuk peminat ciliknya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai SofyanK di laman sosialnya, kanak-kanak itu jelas terkejut dengan kehadiran Sofian di rumahnya. 

Thank you (terima kasih) Sofian, may Allah bless you (semoga kamu diberkati Allah),” kata kanak-kanak berumur lapan tahun itu beberapa kali sehingga mengundang sebak netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pasport, tak pernah ke luar negara tiba-tiba Zach King DM hantar mesej ajak jumpa, “Kalau tak pergi, mungkin saya akan menyesal”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah Avengers muncul buat kejutan depan pelajar Malaysia

Lebih menghibakan sepanjang pertemuan itu, kanak-kanak berkenaan turut beberapa kali memeluk Sofian.

Reaksi spontan Danish Irfan (kanan) sebaik bertemu Mohamad Sofian.

Menurut Danish Irfan, Mohamad Sofian merupakan salah seorang daripada tiga figura yang mahu ditemuinya selain Zach King dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Best... rindu!” ujar peminat cilik ketika ditanya mengapa mahu bertemu dengan Sofian.

Video berdurasi kira-kira lapan minit itu sekali lagi menyentuh emosi apabila kanak-kanak itu memeluk erat Mohamad Sofian yang berada di luar rumah untuk beredar.

Thank you abang Sofian, may Allah bless you,” kata adik itu.

Pelukan erat seperti abang dan adik.

Baru memakai sebelah daripada kasutnya, Mohamad Sofian dikejutkan dengan reaksi Danish Irfan yang bersalam sambil mencium tangan sebelum memeluknya dengan erat.

Dari jauh, peminat cilik itu terus melambai-lambai kepada Mohamad Sofian.

Dulu teringin jumpa Zach King dan apabila dapat bertemu dengan dia, saya rasa gembira sangat. Jadi, saya mahu buat Danish Irfan gembira seperti yang saya rasa.

MOHAMAD SOFIAN

“Aku nangis wei, kalau aku pun terkejut terharu semua ada,” tulis seorang netizen.

“Jujur sangat perasaan seorang kanak-kanak tu, terkesan kat hati kita... terus menangis terharu,” komen seorang lagi.

Mohamad Sofian bersama keluarga Danish Irfan.

Bercakap kepada mStar, Mohamad Sofian berkata, pertemuan bersama Danish Irfan Aiman Zuraidi di rumah keluarga kanak-kanak itu di Shah Alam, Selangor merupakan kejutan yang pertama dilakukan terhadap peminatnya.

Susulan permintaan yang dihantar oleh ibu Danish Irfan, pemuda berusia 24 tahun itu melihat dirinya sendiri yang mengimpikan untuk bertemu dengan Zach King.

“Saya dulu teringin jumpa Zach King dan apabila dapat bertemu dengan dia, saya rasa gembira sangat. 

“Jadi, saya mahu buat Danish Irfan gembira seperti yang saya rasa. Saya mahu dia seronok dengan kehadiran saya,” katanya.

Bersama teman-teman yang turut membantu membuat kejutan.

Menurut Mohamad Sofian, sebagaimana yang diberitahu oleh ibu Danish Irfan, kanak-kanak itu merupakan seorang yang ceria dan petah bercakap.

“Saya juga ada tengok video-video adik ni buat review makanan, dia memang seorang yang kelakar dan petah bercakap.

“Mungkin dia tergamam dan malu-malu dengan kehadiran saya yang tidak disangka-sangka. Saya terharu sebab dapat buat dia gembira... saya anggap dia macam adik saya,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain