suria

“Tak kisah orang tonton saya tidur dalam bilik” – Gara-gara tak mahir kendali FB Live, pemuda nak tunjukkan pentingnya rehat terlajak dibuai mimpi!

Koh Yew Wei (gambar kecil) memberi penjelasan berhubung videonya sedang tidur semasa FB Live menjadi tular. Foto ihsan Koh Yew Wei

SELAMBA! Itulah yang boleh diperkatakan mengenai seorang pemuda yang tidur di dalam bilik sambil disaksikan oleh puluhan ribu orang.

Semuanya gara-gara video penstriman secara langsung menerusi halaman Facebook AC Hami (FB Live) yang dirakam selama kira-kira 90 minit.

Berbaju kemeja-T dan berseluar jeans, pemuda tersebut dilihat ‘lena dibuai mimpi’ bersama selimut di atas katil di bilik tidurnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ‘bertuah’! Tengah tidur terus terbangun gara-gara Ma Long Kong Kaeng, kakak akur... mula-mula tak suka akhirnya ‘terjebak’

ARTIKEL BERKAITAN: Dari puasa, sampai hujung Syawal... masih ramai 'setia' tunggu baju raya, “Peniaga seronok buat FB Live di Vietnam”

Video yang dirakamkan secara langsung pada awal pagi Ahad lalu menjadi tular, dan setakat ini meraih lebih 88,000 tontonan.

FB Live seorang pemuda yang sedang tidur meraih lebih 88,000 tontonan.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan pemuda berkenaan yang begitu berani membiarkan dirinya yang sedang tidur menjadi tontonan ramai menerusi FB Live.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Koh Yew Wei mengaku sedang tidur di rumahnya di Kluang, Johor semasa bersiaran langsung. 

Anak muda yang baru berusia 20 tahun itu tidak begitu mahir tentang FB Live, tetapi melakukannya kerana penggunaan aplikasi itu yang mudah.

“Saya mula buat siaran (secara langsung) sebab saya mahu orang lain menyedari tentang betapa pentingnya rehat yang cukup dan tidur.

“Bagaimanapun, saya tidak menjangka rakaman video itu menjadi perhatian ramai,” katanya.

Koh Yew Wei.

Mengenai komen netizen yang menyifatkannya sebagai melucukan, dia yang lebih mesra dengan panggilan Ah Wei memberitahu dia hanya melakukan sedemikian secara spontan.

“Saya hanya buat apa yang saya mahu buat. Apa yang orang lain fikir tidak membuatkan saya berasa malu.

Saya hanya buat apa yang saya mahu buat. Apa yang orang lain fikir tidak membuatkan saya berasa malu

KOH YE WEI

“Inilah cara saya tidur, tapi tidak bermakna orang lain boleh mudah tertidur menerusi pendekatan yang saya perkenalkan,” katanya yang merujuk kepada postingnya mengenai cara-cara untuk mudah tidur.

Menurutnya, dia memakai seluar jeans semasa tidur kerana berasa sejuk ketika itu tetapi secara peribadi memilih untuk tidur dengan memakai seluar panjang.  

Posting Ah Wei mengenai cara-cara untuk mudah tidur.

Dalam pada itu, Ah Wei menegaskan bahawa dia bukan sengaja mahu membiarkan dirinya dipertontonkan di khalayak ramai semasa tidur.

Namun, penyelia di sebuah kafe siber itu sama sekali tidak menyangka orang ramai akan menontonnya rakaman di bilik tidurnya itu.

“Sebenarnya, saya tak tahu netizen akan menonton siaran langsung saya, tapi saya tak kisah orang menonton saya tidur di dalam bilik,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
FB Live, tidur, Koh Yew Wei

Artikel Lain